ProblemSihat

Kesan Denggi Makin Mengancam Nyawa!

kesan denggi membawa padah - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Kesan Denggi. Masyarakat sekarang perlu ada pengetahuan lebih mendalam tentang bahaya penyakit denggi yang semakin mengancam nyawa masyarakat kita hari ini.

Saban hari kita sering dikejutkan pada muka akhbar dengan kematian disebabkan oleh kesan denggi di sekitar lembah Klang. Anda perlu ambil tahu akan kesan dan cara mengelak daripada terkena kesan denggi.

Sebelum itu, anda perlu tahu apa itu demam denggi. Denggi ini sebenarnya sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah.

Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di Malaysia hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.

Terdapat 2 jenis penyakit denggi merbahaya iaitu:

1. Demam Denggi Berdarah

Kebiasaannya terjadi di kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihadapi seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti:

  • Tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, pendarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera.
  • Ia juga dinamakan ‘demam berdarah Filipina’.

2. Demam Denggi Klasikal

Pesakit akan menunjukkan symptom seperti demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian.

Demam ini dipanggil sebagai “demam patah tulang” atau “breakbone fever”.

Bagaimanakah Terjadinya Demam Denggi?

  • Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes Betina.
  • Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya.
  • Virus ini kemudiannya, dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah.
  • Sebaik sahaja manusia itu menerima gigitan, dengan itu virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil dalam mengurangkan risiko denggi ini agar masyarakat tidak di serang penyakit ini.

Antara langkah pencegahan terkena penyakit denggi ini adalah :

1) Elak melakukan aktiviti luar pada siang hari. Ini kerana nyamuk Aedes bukan serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah awal pagi dan awal senja.

2) Memusnahkan setiap sudut tempat pembiakan nyamuk Aedes.

3) Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

4) Memakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh bagi melindunginya daripada gigitan nyamuk Aedes.

Membersihkan persekitaran rumah. Buang semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.

<< Apakah impak buruk apabila mengambil dadah jenis pil ecstasy? Ketahui dengan lebih lanjut di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Penyebab Nafsu Seks Wanita Menurun

Next post

Kucing Siam Eksotik

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. March 19, 2015 at 11:21 am — Reply

    Nice info. TQ

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *