ProblemSihat

Adakah Anda Kekurangan Vitamin D? Baca Di Sini!

tanda anda kurang vitamin d-Women Online Magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Kekurangan vitamin D. Ramai yang kurang peduli dengan kekurangan vitamin D sehingga menyebabkan masalah kesihatan.

Kenapa anda tidak mengambil kesah padahal sumber vitamin D paling mudah dan murah, iaitu matahari! Kekurangan vitamin D dalam tubuh bukan hanya membuatkan tulang lemah.  Bahkan, Vitamin D juga turut memainkan peranan penting untuk  membangkitkan mood atau suasana hati dan penurunan berat badan seseorang.

 

Jom, kita kenal pasti adakah kita tergolong dalam kategori mereka yang kekurangan vitamin D.

Tanda-tanda anda kekurangan vitamin D:

1.  Kelemahan Otot

Penurunan fungsi otot merupakan akibat daripada kekurangan vitamin D dalam jaringan otot dan saraf. Anda mula terasa seperti hilang energi dan tidak boleh bergerak aktif serperti biasa.

 

2.  Tekanan Darah Tinggi

Selain baik untuk kesihatan tulang, vitamin D juga berperanan dalam kesihatan jantung dan membantu mengatur tekanan darah.

 

Baca Juga: Cara Mudah Menurunkan Kolesterol

 

3.  Cepat ‘Sentap’

Sebelum anda menyalahkan hormon atau gejala PMS(pre-menstrual syndrome), anda perlu tahu bahawa vitamin D dapat mempengaruhi kadar serotonin di otak sehingga mempengaruhi suasana hati anda.

 

4.  Sering sedih

Berdasarkan hasil kaji selidik yang dibuat oleh The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism, kaum perempuan yang kekurangan vitamin D, lebih kerap mengalami depresi.

 

5.  Sengal-sengal Badan

Kekurangan vitamin D telah dikaitkan dengan rasa kebas  atau sengal-sengal kronik yang kerap terjadi pada sendi-sendi tubuh.

 

Baca Juga: Lenguh Kaki

 

6.  Mudah stress

Vitamin D sangat baik untuk pertumbuhan tulang. Jika kita kekurangan vitamin D, tulang akan menjadi lemah dan mudah patah dan strs meningkat.

 

7.  Sering Mengantuk

Dalam kaji selidik ‘Journal of Clinical Sleep Medicine’ menyatakan, rendahnya  tahap vitamin D berkait rapat dengan peningkatan rasa mengantuk di siang hari.

 

8.  Penurunan Daya Ketahanan Tubuh

Beberapa penelitian menunjukkan, atlet yang kekurangan vitamin D cenderung mengalami penurunan daya ketahanan tubuh.

 

Antara penyebabnya:

  • Terdedah kepada sinaran matahari yang berlebihan juga termasuk salah satu penyebab kenapa seseorang itu mengalami masalah kekurangan vitamin D.
  • Penderita obesiti juga memiliki kecenderungan untuk mengalami kekurangan vitamin, kerana vitamin D telah dihalang oleh sel lemak daripada dalam darah.
  • Aktiviti di dalam ruangan membuatkan seseorang tidak mempunyai waktu untuk berjemur dan mendapatkan keperluan vitamin D daripada sinar matahari.
  • Melindungi diri dengan pakaian tertutup, topi,sarung tangan dan sebagainya sehingga membuatkan tubuh tidak mampu menyerap vitamin D secara semulajadi daripada matahari ketika berada di luar rumah.
  • Anda yang berkulit gelap memerlukan waktu lebih lama untuk berjemur di bawah sinaran matahari kerana melanin menurunkan kemampuan kulit untuk memproduksi vitamin D.

 

Langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasinya:

  • Dua atau tiga mingggu sekali, anda disarankan meluangkan masa untuk berjemur di bawah sinaran matahari pagi yang boleh memberikan keperluan vitamin D secara maksimum.
  • Dapatkan sumber vitamin D lain daripada makanan, misalnya ikan salmon, sardin, telur dan ikan, bijirin sarapan serta produk susu.
  • Jika anda tergolong dalam kategori obesity, berusahalah untuk menurunkan berat badan demi penyerapan vitamin D yang lebih baik.
  • Hindari penggunaan sinaran matahari berlebihan, terutama jika anda tidak menghabiskan waktu terlalu lama di bawah terik mata.
  • Sumber vitamin D lain adalah suplemen. Namun, usahakan bahawa anda tetap mendapatkan keperluan vitamin D daripada sumber yang lebih semulajadi.
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan tentang masalah kekurangan vitamin D dan mintalah nasihat pakar perubatan bagaimana cara mengatasinya.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Jom ketahui cara menyingkirkan racun dalam badan anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Mesti Baca! 5 Manfaat Tempe

Next post

4 Cara Semulajadi Miliki Bulu Mata Lentik Dan Panjang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *