KewanitaanSihat

Panduan Selamat Mengurut Ibu Mengandung

Urut Tradisional - Women Online Magazine

Ketika mengandung terutama apabila usia kehamilan telah menginjak ke trimester 3, umumnya anda sering berasa lenguh atau sakit di bahagian belakang.Situasi ini pastinya amat menganggu aktiviti seharian.Saat itu apabila membayangkan tubuh diurut secara tradisional bagi menghilangkan rasa lenguh tersebut tentunya amat menyenangkan.

Sungguhpun begitu, urut bukan sebarang urut. Anda perlu tahu apakah urutan tradisional yang selamat buat ibu mengandung. Urut tradisonal bagi ibu mengandung ini sebaiknya dilakukan setelah kandungan tersebut melepasi trimester pertama.Di samping itu juga bukan semua ibu mengandung yang berurut. Faktor kesihatan ibu mengandung itu sendiri tidak membolehkan mereka berurut. Antaranya:

Sekiranya ibu yang mengandung berada dalam keadaan yang baik, sihat dan tidak mempunyai sebarang gangguan kesihatan, urut tradisional ini sangat bagus. Baik untuk dirinya sendiri dan juga janinnya. Biasanya urut tradisional bagi ibu mengandung ini dilakukan selama 10 minit (setiap hari) oleh pakar terapi professional. Urut tradisional bagi ibu mengandung ini juga tidak semestinya dilakukan di tempat khas, cuma ia mesti dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dalam bab mengurut orang mengandung. Ini sangat penting untuk menjaga sebarang kemungkinan adanya kesalahan ketika dia mengurut.

Kawasan Yang Boleh Diurut

Dari sudut pandang perubatan, mengurut ibu mengandung ini boleh dilakukan di bahagian anggota badan yang bergerak sahaja. Contohnya, bahu, kepala, leher, belakang, punggung belakang, tangan serta kaki. Urut tradisional yang sesuai bagi ibu mengandung di kawasan payudara sangat digalakkan ketika usia kehamilah memasuki trimester ketiga bagi merangsang pengeluaran air susu ibu.Teknik urut tradisonal di seluruh kawasan tubuh mesti dilakukan menggunakan teknik urutan yang lemah lembut. Kombinasi mengurut antara menekan, memutar, menggosok dan juga mengusap mesti dilakukan secara perlahan dan terkawal.

Dilarang Mengurut Telapak Kaki Dan Perut

Perlu diingat, mengurut tidak boleh dilakukan sembarang bahagian tubuh ibu mengandung,terutama di bahagian perut. Ini adalah kerana bahagian tersebut berkaitrapat secara lansung dengan kandungan serta organ peranakan.

Jika bahagian perut diganggu, silap haribulan plasenta atau ari-ari akan terlepas dari tempatnya melekat. Situasi ini boleh mengakibatkan pendarahan di dalam rahim. Jika pendarahan tersebut banyak ia boleh mengancam nyawa ibu mengandung, janin dalam kandungannya atau kedua-duanya sekali.

Bagi anda yang punya masalah dengan bayi da plasentanya, sebaiknya jangan berurut. Bahagian lain yang tidak disarankan untuk diurut ialah telapak kaki bawah, sebab disitulah terdapat banyak pembuluh darah dan saraf.

Info Ekstra

Urutan Lembut Sang Suami!

Sebenarnya, urut ibu mengandung ini boleh dilakukan oleh suami. Berikut beberapa teknik mengurut isteri mengandung yang disyorkan buat suami.

  1. Urut Lenguh

Mulakan dengan mengurut tengkuk isteri secara perlahan-lahan. Teruskan gerakan tersebut hingga ke bawah bahagian pinggang. Setelah itu, kembali ke leher dengan mengambil arah berlawanan dari tulang belakang. Setelah itu, lakukan gerakan dari luar ke dalam ketika mengurut kawasan tulang belakang.

  1. Urut Belakang

Mengurut bahagian belakang boleh mengurangkan ketegangan pada kawasan tersebut. Caranya, tekan bahagian tulang di dasar tulang belakang dan pinggang dengan telapak tangan. Lakukan dengan lembut dan ulanginya urutan tersebut sampai ke bahagian pinggang.

  1. Urut Kaki

Minta isteri berbaring atau duduk. Kemudian urut lembut bahagian luar kakinya. Ramas lembut sepanjang bahagian luar paha dan betis.

  1. Urut Lutut

Anda boleh membantu isteri melakukan teknik urut yang boleh melegakan perutnya. Mintalah isteri anda berlutut di tempat tidur dengan bahu menyandar di kepala katil. Letakkan satu atau dua bantal di bawah lutut sebagai penopang. Lakukan gerakan ini selama beberapa minit.

  1. Urut Tangan & Kaki

Mengurut kawasan tangan dan kaki boleh mengurangi pembengkakan. Tujuannya untuk melancarkan perjalan darah di jari-hari kaki, tangan dan pergelangan tangan. Pegang kaki isteri dan urut lembut dengan menggunakan ibu jari sementara dia berbaring.

Kredit foto: soulfit.com

<< Suami perlu tahu ragam isteri mengandung. Info selanjutnya baca di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Semak Dua Resepi Istimewa Dengan Khasiat Kacang Buncis

Next post

Dokumentari Drama Hebat “Raising Asia”

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. August 26, 2016 at 3:24 pm — Reply

    Blog infomatif

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *