ProblemSihat

Jangan Ditunda Lagi!Jom,Nikmati Hidup Yang Lebih Sihat, Bersih & Penuh Makna

Amalan Gaya Hidup - women online magazine

Semua orang ingin sihat. Bila sihat, badan pun rasa lebih cergas dan lebih bersemangat nak buat kerja.

Kini semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih mengamalkan gaya hidup sihat. Lebih mudah untuk mengekalkan kesihatan yang baik sekiranya anda tahu mengamalkan gaya hidup yang sihat. WOM.my ingin berkongsi tips amalan gaya hidup sihat dengan anda semua.

10 Tips Amalan Gaya Hidup Sihat!

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:

1. Makan secara sihat

Pengambilan makanan seimbang yang bersih dan berkhasiat adalah amalan pemakanan yang baik.Ini kerana makanan seimbang berupaya menjadikan badan kita sihat dan kuat. Otak kita turut menjadi cerdas. Makanan yang kurang berkhasiat perlu dikurangkan atau lebih elok kalau dielakkan.Minum air suam atau air masak, bukannya air manis atau air berkarbonat. Pengambilan jus buah-buahan yang segar pun elok kalau diamalkan. Tapi kena rajin buat sendiri, sebab yang dijual di kedai tu dah ditambah dengan gula. Oh, jangan lupa makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)

2.Tidak merokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Selain itu asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).

Kekal Sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri
  • Buat nota peringatan
  • Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
  • Tumpukan pada hari ini
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Lawan keinginan untuk merokok
  • Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)

Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

  • Melengahkan-lengah
  • Minum banyak air
  • Menarik nafas panjang
  • Membuat sesuatu
  • Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
  • Mengunyah sesuatu
  • Membasuh tangan
  • Mandi dengan kerap
  • Melakukan senaman regangan
  • Memohon doa

3. Lakukan Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan.Hidup yang  tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan. Anda juga boleh melakaukan aktiviti riadah yang anda minati. Bila kita melakukan sesuatu aktiviti yang kita minat, kita akan rasa lebih ceria dan bersemangat.  Pastikan aktiviti itu bermanfaat.

4. Belajar Menangani Stress

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stress. Stress dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stress, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.

Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:

  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang…kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan dan menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:

  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda
  • Kawal berat badan

Berat badan kenalah dikawal, tak boleh berlebihan dan tak boleh juga kurang. Pastikan berat badan bersesuaian dengan ketinggian anda. Kalau rasa berat badan dah berlebihan, boleh dapatkan panduan untuk menurunkan berat badan secara sihat.

5. Pengambilan Supplemen

Pengambilan supplemen penting terutamanya untuk yang sentiasa sibuk sampai kadang-kala tak sempat nak makan atau kurang rehat. Selain ia membantu untuk memenuhi keperluan tubuh badan anda. Tapi pastikan pengambilan supplemen tersebut tidak mengandungi unsur kimia yang berbahaya kepada kesihatan.

6.Rehat yang cukup

Sesibuk mana pun, kita perlu ada masa untuk berehat. Sekali sekala tu bolehlah bersantai atau bercuti bersama keluarga tersayang untuk menghilangkan stress dan kepenatan. Suasana yang mendamaikan dan udara yang segar amat membantu dalam menghilangkan kepenatan bekerja.

7. Tidur

Pastikan waktu tidur mencukupi. Tidur terlalu banyak pun tak elok juga sebab badan anda akan terasa letih. Jangan memaksa mata kalau anda terlalu letih. Tidur dapat membantu anda berasa cergas dan segar pada keesokan harinya.

8. Berfikiran positif

Sentiasa berbaik sangka. Dengan berfikir positif, hidup anda akan terasa lebih ceria dan harmoni. Setiap perasaan negatif boleh menjadikan emosi anda terganggu dan sentiasa merasa bebanan di dalam hidup anda.

9. Membuat Pemeriksaan Kesihatan

Di samping itu, anda juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan anda, setidak – tidaknya anda  boleh mengambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan anda terus berada dalam keadaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali setahun.

10. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran

Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke tempat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Jom amalkan gaya hidup sihat!

Kredit foto: imunews

<< Baca cara untuk mendapatkan tidur yang lebih lena di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Untuk Kulit Muka Nampak ‘Gojes’ & Bebas Jerawat

Next post

Jus Buah-Buahan Terbaik Untuk Si Manja Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *