ProblemSihat

Waspada Gejala Sakit Dada Yang Boleh Menyerang Sesiapa Sahaja Tanpa Mengira Usia

Sakit Dada - Women Online Magazine

Foto: sldkcs

ian dada berlaku apabila dada terasa seperti berangin, perut sebu, sesak, berat atau rasa seperti ditekan. Sakit dada bermaksud sakit pada bahagian dada dan bahagian atas perut.

Sakit dada merupakan satu keadaan yang perlu diambil perhatian serius memandangkan ia boleh membawa maut. Sakit dada ini menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Tetapi ia kurang menyerang kanak-kanak.

Sakit dada tidak semestinya dikaitkan dengan seseorang yang mendapat serangan penyakit jantung. Ramai pesakit yang diserang sakit dada tidak mengalami serangan jantung.

Punca Sakit Dada

  • Serangan jantung (penyakit koronari jantung) berlaku apabila terdapat saluran darah ke jantung tersumbat.
  • Penyakit berkaitan dengan paru-paru seperti asma.
  • Penyakit jantung yang lain seperti masalah injap jantung.
  • Pedih ulu hati yang disebabkan oleh gangguan asid dari perut.
  • Sakit di bahagian perut hingga ke dada.
  • Sakit di bahagian luar dada seperti otot, sendi dan rusuk.
  • Kecederaan pada dada yang disebabkan oleh kemalangan atau terjatuh.
  • Gangguan emosi seperti kebimbangan dan tekanan
  • Sakit belakang.

 

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan?

  • Mereka yang berumur 40 tahun dan k eatas dan mempunyai risiko penyakit jantung.
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit jantung pada usia yang muda.
  • Sakit dada apabila melakukan aktiviti.
  • Sakit yang diiringi rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam.
  • Rasa sakit menular ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan.
  • Rasa sakit yang lebih teruk dari sebelumnya.
  • Sakit yang berterusan selama lebih dari 15-20 minit.

Sila dapatkan nasihat doktor anda bagi mengenalpasti jika anda ada tanda-tanda penyakit jantung. Ini kerana rawatan segera dan agresif dapat dibuat untuk menyelamatkan nyawa.Jika sakit dada yang disebabkan oleh faktor yang lain, pemeriksaan yang rapi perlu dibuat seperti X-Ray, endoskopi atau fungsi paru-paru. Anda boleh mencuba ubat antiasid bagi mengurangkan kesakitan pada ulu hati.Sekiranya keadaan bertambah teruk, berjumpalah dengan doktor.

<< Semak 9 tanda yang menunjukkan tubuh anda benar-benar stress di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Bahaya Menanti Jika Bayi Bawah Enam Bulan Diberikan Air Putih

Next post

Antara Khasiat Minyak Bunga Matahari Mampu Mengurangkan Tompok Gelap & Bekas Jerawat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *