Efek Menggerikan Akibat Pil Ecstacy
Apakah itu pil esctasy? Apakah kesan apabila mengambil dadah tersebut? Apakah impak buruk apabila mengambil dadah jenis pil ecstasy?
Jika dahulu dadah yang sering menghantui dan menjadi subjek utama perbualan kita ialah ganja, heroin mahupun syabu. Kini dadah jenis pil ecstasy juga telah mula berleluasa terutama di kalangan belia kita.
Baru-baru ini Malaysia telah digemparkan dengan enam orang maut dan tiga lagi parah ketika berlangsungnya Konsert Festival Future Music yang sepatutnya berlangsung pada 13 hingga 15 Mac 2014.
Kematian mereka dipercayai akibat pengambilan dadah sintetik dan pil ecstasy secara berlebihan. Konsert Festival Future Music yang sepatutnya acara kemuncak berlangsung keesokkan harinya telah dibatalkan oleh pihak berkuasa.
Dipercayai juga sembilan orang telah ditahan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana di bawah pengaruh dadah. Dadah yang dipercayai yang digunakan oleh mereka ialah jenis dadah methamphetamine
Dadah Pil Ecstasy
Dadah Methamphetamine yang sering digunakan remaja ketika berlangsungnya konsert adalah dadah jenis ecstasy. Pil ecstasy yang dihasilkan adalah dalam bentuk pil yang mempunyai pelbagai simbol seperti Lolo, Rocket, Playboy, Butterfly, Music Key, A dan macam-macam lagi. Cara menggunakannya adalah dengan semudah menelan pil tersebut.
Ectasy juga tersenarai di dalam dadah jenis “Methylenedioxy-methamphetamine”. Kesan apabila anda mengambil pil ini akan membangkitkan ‘feel good drug’ kerana ia akan membangkitkan daya tahan anda.
Kesan Mengambil Pil Ecstasy
Apabila mereka mengambil methamphetamine ini akan membuatkan mereka merasa khayal ketika alunan muzik dilantunkan dengan kuat dan lantang. Ia membuatkan mereka lincah untuk menari dan tidak langsung kepenatan berlatarkan muzik yang dialunkan.
Selain itu, mereka juga didapati akan lebih banyak bercakap daripada kebiasaannya. Mereka didapati akan lebih cemas dan takut, malah kadangkala membuatkan mereka mudah naik angin. Selepas mereka mengambil pil Methamphetamin, mereka akan sukar untuk tidur seharian dan kesan paling nyata ialah mereka akan khayal seperti di dunia sendiri.
Impak Buruk Pil Ecstasy
Dadah pasti akan mendatangkan bahaya kepada kita tidak kira kepada kesihatan atau mental, termasuklah dadah jenis methamphetamine ini. Ia akan membuat seseorang akan menjadi loya, kancing gigi malahan kondisi badan yang tidak menentu, kadangkala sejuk kadangkala panas.
Kesan fizikal yang dapat dilihat apabila seseorang itu mengambil pil ectasy atau methamphetamine ialah bibir akan menjadi lebih kering. Jika kerap mengambilnya, ia akan membuatkan badan anda menjadi lebih susut kerana hilang selera makan.
Kekerapan mengambilnya juga akan membuatkan suhu badan dan tekanan darah meningkat secara mendadak. Malah ia akan mengakibatkan seseorang itu tidak lagi berkemampuan mengenal isyarat tubuh badan mereka sendiri. Menambahburukkan lagi keadaan jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan maut.
Tidak salah jika anda mahu berhibur. Berhibur boleh menjadi penawar ketika dalam keadaan berduka atau bosan. Namun jika mahu berhibur biarlah berpada-pada dan kena pada caranya. Tidak perlu hendak bergembira hingga mengambil dadah yang jelas memberi impak buruk.
Pada yang beragama Islam, Allah dan Rasulullah S.A.W juga sudah menggariskan panduan dan batasan ketika berhibur. Berhiburlah kerana ingin menenangkan diri bukan berhibur kerana melepaskan geram dan lupa diri.
No Comment