Kena Cuba! Diet Oatmeal, Cara Mudah Turunkan Berat Badan
Foto: wetravelandblog
Oatmeal bukan sahaja mempunyai pelbagai manfaat buat kesihatan, malahan juga boleh menurunkan berat badan.Bagi pengidap sakit jantung dan diabetis, pengambilan oatmeal bukan lagi asing bagi mereka. Dengan diet oatmeal mereka dapat menjaga gula darah agar tetap normal serta kadar kolesterol.
Pengambilan oatmeal turut menyihatkan jantung, mengurangkan kolesterol, mencegah kanser, mempertahankan gula, membantu proses kecantikan dan juga diet kerana kandungan serat yang terkandung di dalamnya. Ia membuatkan anda berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
Diet Oatmeal
Anda boleh menerapkan diet oatmeal ini selama sebulan. Anda boleh mengkombinasikannya dengan raspberry, strawberry ataupun blueberry agar kandungan antioksidan dalam oatmeal anda benar-benar tidak hilang khasiatnya. Jika anda ingin mendapat kandungan protein,anda boleh menambahkan telur rebus dalam sajian oatmeal anda.
- Untuk sarapan pagi, anda boleh sediakan setengah cawan oatmeal dan satu cawan susu tanpa lemak. Kemudian didihkan susu tanpa lemak dan oatmeal selama satu minit di atas api yang sederhana. Tabur serbuk kayu manis dan kismis.Jika menggunakan microwave , masak selama satu setengah minit.
- Untuk makan tengahari, nikmati semangkuk oatmeal dengan yogurt. Yogurt akan membantu anda untuk menghilangkan rasa jemu menikmati oatmeal. Di samping itu juga, yogurt akan membantu sistem penghadaman agar lebih sihat.
- Untuk makan malam, cuba makan oatmeal sebelum anda makan malam. Ia akan membantu anda supaya makan dalam kuantiti yang sedikit. Jangan lupa untuk menikmati hidangan makan malam yang rendah kalori.
Kesimpulan
Anda boleh gandingkan oatmeal dengan anggur, pisang, epal, kacang hijau dan lobak merah. Selain pengambilan makanan tersebut, anda juga disarankan melakukan senaman. Paling kurang tiga kali seminggu, selama tidak kurang daripada 30 minit. Di samping itu, jangan lupa minum air putih lapan gelas sehari untuk melancarkan metabolisme tubuh.
<< Ketahui cara buang lemak di perut dalam masa 7 hari di sini.
No Comment