DietSihat

Diet Mudah Untuk Kuruskan Badan

Diet Mudah - Woman Online magazine

Kebanyakan orang berdiet dengan cara yang salah iaitu membiarkan dirinya berlapar tanpa mengambil makanan.

Sebenarnya dalam proses berdiet,anda perlu mengambil makanan tetapi dalam kuantiti yang tertentu. Pendek kata,pastikan makan,barulah anda kurus. Kali ini WOM.my ingin berkongsi dengan anda tips diet mudah, cepat, sihat dan berkesan.

  1. Pentingkan Sarapan Pagi

Diet mudah yang perlu anda ikuti ialah pentingkan sarapan pagi setiap hari. Kesilapan rakyat Malaysia dalam mengambil sarapan pagi adalah mengambil makanan berminyak, bergoreng dan kurang nutrien.Liang-liang usus dalam badan mudah menyerap makanan dan mudah tersumbat jika selalu diberikan makanan yang berminyak seterusnya ia menyebabkan kandungan lemak dan kolestrol dalam badan meningkat secara perlahan-lahan tanpa kita sedari.

Sarapan pagi yang bagus adalah dengan mengambil makanan yang rendah kalori tetapi mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh untuk kita bekerja seharian.Oleh itu, jangan dipandang remeh sarapan pagi walau sekadar segelas minuman yang digemari dan sekeping roti kerana ia mampu memberikan perubahan yang ketara. Cuba jadikan tabiat bersarapan pagi yang sihat sebagai azam pada tahun baru ini.

  1. Minum Air Putih Dengan Banyak

Jika anda hendak tahu,air putih atau air kosong merupakan perkara wajib yang menjadi rahsia dalam semua pusat rawatan kuruskan badan. Pengambilan air putih yang banyak dan berterusan boleh membantu menurunkan kadar kalori dalam badan. Air putih merupakan diet mudah yang juga berfungsi untuk menguraikan lemak-lemak lama yang akan didetoxkan melalui air kencing.

  1. Banyakkan Pengambilan Makanan Yang Kaya Dengan Serat

Salah satu diet mudah ialah banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat. Ini kerana serat merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan kerana ia akan membuatkan anda berasa kenyang. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 5 gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Antara sumber serat ialah sayur-sayuran,buah-buahan dan gandum penuh.

  1. Lebihkan Produk Tenusu

Tips diet mudah yang boleh membuatkan anda kurus dan langsing ialah dengan lebihkan produk tenusu dalam menu makanan. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Anda cuma perlu pastikan anda memilih dari produk tenu dari variasi rendah lemak.

  1. Banyakkan Aktiviti Berjalan

Anda tidak perlu untuk pergi ke gym untuk membakar kalori. Cukup sekadar melatih diri untuk berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari. Tingkatkan aktiviti fizikal anda seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja,menggunakan tangga bukannya lif,window shopping di pusat membeli-belah,parkir kenderaan anda jauh sedikit dan sebagainya.Ini kerana jika dilakukan setiap hari,anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram atau lebih berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah payah dan tanpa anda sedari.

  1. Ambil Kesempatan Buat Senaman

Lakukan ‘sit up' dan ‘push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas anda balik dari kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Anda juga boleh menambah jumlah ‘sit up' dan ‘push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set.Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abdomen yang cantik berketul-ketul.

 

Info Ekstra

Jadual Waktu Makan Yang Betul

Semak jadual waktu makan yang betul seperti berikut:

  • Sarapan pagi: 7.00 – 8.30 pagi
  • Minum pagi: 10.00 – 10.30 pagi
  • Makan tengahari: 12.00 – 2.00 petang
  • Minum petang: 4.30 – 5.30 petang
  • Makan malam: 6.30 – 8.30 malam

Anda harus ingat,untuk menurunkan berat badan perlu mengambil masa yang lama,bukannya sehari sahaja. Apa yang penting anda haruslah konsisten dalam melakukan diet mudah bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal sepertimana diingini.

Kredit foto: upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/e/e9/Soy-whey-protein-diet.jpg

<< Turunkan berat badan dengan pengambilan makanan yang tepat. Info selanjutnya baca di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Mencegah & Menunda Kehamilan Dengan Pil Perancang

Next post

Betul Ke Makanan Laut Tidak Elok Dimakan Oleh Para Ibu Mengandung?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *