DietSihat

Cubalah Diet Cepat Kurus.Berat Badan Anda Pasti Akan Turun!

Diet Cepat Kurus - women online magazine

Foto: articleflow

Diet adalah salah satu cara untuk mengawal berat badan supaya boleh mencapai ukuran tubuh yang ideal dengan ketinggian serta umur seseorang.

Namun, ramai wanita yang melakukan diet. Apatah lagi, jika sudah nampak tanda-tanda kegemukan. Mereka ini sanggup mengambil ubat kurus atau pil pelangsing semata-mata kerana mahu memiliki tubuh ramping dengan cepat tanpa mempertimbangkan efek negatif yang bakal muncul di kemudian hari.

Sebenarnya ada banyak cara untuk menurunkan berat badan, salah satunya adalah dengan melakukan diet cepat kurus. Untuk mengamalkan diet cepat kurus ini, anda cuma perlu mengurangkan nafsu makan dan berdiet tanpa rasa lapar sekaligus boleh meningkatkan kesihatan tubuh anda.

  1. Minum Air Putih

Jangan malas minum air putih pada setiap hari. Selain tidak berkalori, air putih membantu tubuh membersihkan racun-racun melalui peluh.

  1. Gunakan Piring Kecil

Makan dengan piring kecil akan mengawal nafsu makan anda. Jika masih berasa lapar, jangan tambah dulu. Sebaliknya tunggu selama 20 minit, kerana makanan tersebut masih dalam perjalanan untuk mengenyangkan anda.

  1. Kurangkan Pengambilan Karbohidarat & Gula

Diet cepat kurus yang perlu anda praktikan adalah dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat dan gula. Kedua kandungan makanan ini boleh merangsangkan kadar insulin, iaitu hormon yang menyimpan lemak dalam tubuh. Anda boleh turun sebanyak lima kilo selama tujuh hari hanya dengan ‘berpantang’ karbohidrat dalam menu makanan diet anda selama seminggu.

  1. Pengambilan Lemak, Protein & Sayur-sayuran

Dalam sehari anda harus mengambil protein dalam setiap makanan. Paling minimum adalah sebanyak 20-50 gram dalam sehari. Anda boleh mendapatkan kandungan protein dalam makanan seperti daging,ayam,udang, telur (sebaiknya putih telur) dan ikan salmon. Makanan tersebut dapat meningkatkan sistem metabolism anda. Di samping itu, untuk mendapatkan hasil yang sempurna bagi program diet cepat kurus, anda juga perlu makan sayur-sayuran. Jangan risau, kerana sayur-sayuran ini tidak akan membuatkan anda gemuk. Masukkan brokoli, kubis bunga, bayam dan mentimun dalam menu makanan diet anda.

Selain itu, pastikan keperluan lemak mencukupi untuk tubuh anda. Pilih lemak sihat seperti minyak kelama, mentega dan minyak zaitun.

  1. Lakukan Senaman!

Anda perlu bersenam sebanyak tiga hingga empat kali dalam seminggu. Anda boleh melakukan pemanasan, berlari dan sebagainya. Anda juga boleh melakukan senaman khas untuk menghilangkan lemak di bahagian tertentu tubuh seperti di lengan, paha, perut dan sebaginya.

  1. Kawal Stress

Kawal stress anda. Ini adalah ekrana stress boleh menganggu sistem hormone dan nafsu makan. Akibatnya, anda akan makan secara berlebihan dan gagal menurunkan berat badan.

<< Ketahui 11 cara diet atkins yang selamat di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Rahim Kering Punca Anda Susah Dapat Anak?

Next post

Cara Paling Bajet Menghias Bilik Tidur Dengan Konsep Minimalis

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *