ProblemSihat

Kenali Ciri-Ciri Penyakit Amnesia Dan Penyebab Sebenarnya

Penyakit Amnesia - Women Online Magazine

Foto: igennus

Apa itu penyakit amnesia? Pengertian penyakit amnesia adalah kehilangan ingatan atau memori, yang terjadi ketika seseorang hilang kemampuan untuk mengingat peristiwa dan maklumat yang biasanya mereka mampu mengingat.

Penyakit amnesia boleh bermula secara tiba-tiba atau mungkin mengambil masa selama beberapa tahun.Penyakit amnesia boleh menyedihkan bagi orang yang terkena dan memberi kesan bukan sahaja pada dirinya, malah keluarga mereka.

Jenis Penyakit Amnesia

  • Amnesia Anterograde

Amnesia jenis ini menyebabkan seseorang itu tidak mampu mengingat semua perkara selepas terjadinya kemalangan atau gangguan amnesia. Sama ada nama, rupa atau apa sahaja ucapan walaupun anda sudah berkali-kali mengajarnya.

  • Amnesia Retrograde

Amnesia jenis ini tidak mampu mengingat semua perkara yang telah berlaku sebelum seseorang itu mengalami amnesia. Amnesia jenis ini biasanya disebabkan oleh kemalangan yang teruk dan gangguan kepada otak.

  • Amnesia Disosiatif

Jenis amnesia ini umumnya dikaitkan secara psikologi dengan peristiwa yang menyebabkan seseorang itu mengalami trauma.

Apa yang perlu dilakukan jika anda bimbang tentang penyakit amnesia?

Jika anda bimbang kerana anda atau seseorang yang terdekat mengalami amnesia, temui doktor segera. Doktor akan melakukan penilaian awal dan bertanya tentang gejala amnesia, risiko keluarga dan gaya hidup. Mereka juga boleh mencadangkan ujian darah. Penyakit amnesia terdapat pelbagai punca, bergantung pada jenis amnesia.

Penyebab Lain Penyakit Amnesia:

  • Kecederaan kepala, mungkin disebabkan kemalangan.
  • Strok yang memotong sebahagian daripada bekalan darah ke otak dan menyebabkan rangkaian otak mati.
  • Jenis ubat tertentu, seperti ubat penenang dan beberapa rawatan untuk penyakit Parkinson.
  • Penyalahgunaan alkohol jangka panjang.
  • Pendarahan di otak, yang dikenali sebagai pendarahan subarachnoid
  • Kekurangan vitamin B1.
  • Tekanan atau trauma yang menyebabkan ingatan seseorang rosak.
  • Ketumbuhan otak.

Pencegahan

Aktiviti perangsang otak boleh membantu mengekalkan kecergasan otak dan mencegah masalah ingatan.

  • Selalu bergaul

Pergaulan sosial boleh mencegah kemurungan dan stres yang mungkin menyebabkan masalah ingatan.

  • Sentiasa melakukan tugasan dengan teratur

Menyimpan senarai untuk perkara yang perlu dilakukan, memperuntukkan tempat tertentu untuk menyimpan dompet, kunci dan barangan keperluan yang lain.

Pemakanan yang sihat untuk jantung juga berfaedah untuk kesihatan otak.

Aktiviti fizikal boleh meningkatkan pengaliran darah ke seluruh badan, termasuklah otak.

<< Ketahui punca sebenar penyakit gila meroyan dan cara untuk mengatasinya di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Simptom-Simptom Bayi Anda Sembelit & Ketahui Cara Mengatasinya

Next post

‘Bukan Hal Aku’ Jadi Taruhan Kaka Azraff ft. SleeQ

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *