KewanitaanSihat

Cara Terbaik & Selamat Tunda Kehamilan

Menunda Kehamilan - Woman Online Magazine

Foto: resources3

Ramai wanita yang sudah berkahwin, tetapi merasakan dirinya belum bersedia untuk hamil dengan pelbagai macam alasan.Tidak dinafikan ada pasangan suami-isteri yang bersikap begitu, menimang cahaya mata adalah sesuatu yang sukar untuk diterima oleh mereka.

Mungkin si isteri mengidap penyakit tertentu, dilarang sama sekali untuk mengandung atau dihimpit oleh faktor ekonomi yang masih belum stabil adalah antara punca menyebabkan ramai pasangan terpaksa menunda kehamilan.Bagi anda yang bercadang untuk menunda kehamilan, anda perlu memilih cara yang sihat dan selamat untuk mewujudkan perkara tersebut.Berikut ini beberapa tips yang boleh anda dan suami praktikkan:

Tidak Melakukan Hubungan Seks

Cara yang paling selamat dan dijamin seratus peratus keberhasilannya dalam menunda kehamilan adalah dengan tidak melakukan hubungan seks. Pertemuan sel sperma dan sel telur yang menyebabkan pembuahan (kehamilan) tidak akan terjadi selagi anda dan pasangan tidak melakukan hubungan seks. Namun, anda dan suami masih boleh ‘ringan-ringan’!

Gunakan Alat Pencegah Kehamilan  

Alat pencegah kehamilan merupakan salah satu alternatif dalam mencegah kehamilan. Ada beberapa jenis alat pencegah kehamilan yang boleh digunakan seperti kondom, pil perancang, suntikan,IUD dan implant. Alat pencegah kehamilan tersebut dijamin selamat digunakan kerana sudah memiliki standard kesihatan.

Tengok Kalender!

Pilihlah tanggal atau tarikh tertentu ketika anda mahu melakukan hubungan seks. Pastikan berada di dalam tarikh atau masa yang tidak subur untuk melakukannya.Anda boleh meminta bantuan doktor sakit puan untuk mengira waktu subur dan  tidak subur anda. Namun, penggunaan kalender ini tidak dijamin seratus peratus mencegah kehamilan!

Keluarkan Penis Sebelum Ejakulasi

Menarik penis dari vagina sebelum si suami ejakulasi, bukanlah cara yang tepat untuk mencegah kehamilan. Menurut sumber yang diambil dari Teen Advisor website, hanya 81 hingga 96 peratus sahaja yang berhasil melalui teori tersebut. Namun, tidak dinafikan ramai wanita yang berfikir bahawa jika suami mengeluarkan penis sebelum ejakulasi, sperma tidak akan mampu membuahi telur.

Perhatikan Posisi Ketika Melakukan Hubungan Seks

Untuk mencegah pertemuan sperma dan sel telur, cuba lakukan hubungan intim tersebut dengan posisi tertentu, seperti posisi berdiri. Namun, teknik ini masih belum boleh dipercayai seratus peratus keberhasilannya.

Makan Ramuan Tradisional

Sebahagian masyarakat mempercayai bahawa ramuan herba seperti daun sirih,daun inai dan kunyit boleh membantu menunda kehamilan. Ramuan herba ini tidak menyebabkan anda susah hamil secara kekal. Ini bermakna, jika anda berniat untuk mengandung, hentikan pengambilan makanan tersebut dan lakukan hubungan seks pada masa subur.

<< Ketahui lima cara untuk tingkatkan kesuburan supaya lebih mudah anda menimang cahaya mata di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kenali Punca Yang Menyebabkan Anda Mudah Jadi Pelupa

Next post

Badan Kurus Tapi Perut Buncit! Cuba Atasinya Dengan 5 Cara Mudah Ini

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *