7 Tips Mencegah Bau Mulut Di Bulan Puasa
Kredit Foto : drperrone
Mencegah Bau Mulut. Ketika berpuasa seringkali timbul masalah bau mulut yang tidak boleh dihindari, tetapi kita boleh mencegah bau mulut ini dengan beberapa tips.
Tahukah anda bau mulut tersebut berpunca daripada makanan tertentu yang anda makan ketika bersahur dan berbuka puasa. Pada bulan puasa adakalanya kita menikmati makanan yang terlebih nutrisi makro seperti karbohidrat dan lemak serta kurang mengambil vitamin dan mineral.
Selain itu, kekurangan cecair serta kurangnya penjagaan gigi dan mulut boleh menyebabkan bau mulut ketika berpuasa. Bau mulut boleh disebabkan oleh keadaan gigi yang kurang diberi perhatian terhadap kebersihannya. Keadaan di bawah mulut dengan lidah yang bermasalah juga boleh menjadi punca bau mulut.
Jadi, ada baiknya di bulan puasa ini anda lebih menitikberatkan soal kebersihan mulut dan menjaga pemakananan anda. Ia merupakan salah satu cara mencegah bau mulut di bulan puasa. Di samping itu, lebihkan pengambilan sayur-sayuran ketika bersahur dan jauhi makanan bergas serta mengandungi banyak lemak.
Berikut beberapa cara mencegah bau mulut ketika berpuasa yang boleh anda amalkan:
1.Minumlah banyak air putih, paling kurang 8 gelas ketika malam hari, termasuk ketika bersahur dan berbuka puasa. Air putih mampu meningkatkan pengeluaran air liur yang akan menjaga kebersihan mulut. Perkara ini dapat membantu mencegah masalah bau mulut.
2. Menggosok gigi dan lidah dengan baik dan sempurna. Gosok gigi secara teratur teratur dan bersihkan lidah dengan cara yang betul. Bermakna anda telah membersihkan sisa – sisa makanan di mulut yang berpotensi menyebabkan bau mulut tidak sedap.
Baca Juga: Cara Betul Menggosok Gigi
3. Cuba minum teh hijau tawar (tanpa gula)sesudah makan, termasuk setelah bersahur. Teh hijau tawar tersebut memiliki zat ‘polyphenol’ yang mampu membasmi bakteria penyebab bau mulut pada rongga mulut dan saluran pernafasan.
4. Hilangkan kebiasaan merokok. Merokok ketika berbuka puasa dan sahur merupakan salah satu penyebab utama masalah bau mulut yang tidak sedap ketika berpuasa di siang hari. Hindari kebiasaan merokok merupakan salah satu cara mencegah bau mulut ketika berpuasa.
5. Gunakan ubat kumur. Selain menggosok gigi dan lidah, anda boleh menggunakan ubat kumur atau ‘mouthwash’ bagi memastikan mulut anda benar-benar bersih daripada sisa makanan maupun bakteria penyebab bau mulut.
6. Jangan makan makanan yang baunya menyengat ketika bersahur seperti jering dan petai.
Baca Juga: Kebaikan Kulit Kayu Manis
7. Pengambilan yogurt pada setiap hari boleh mencegah bau mulut. Yogurt boleh mengatasi bakteria penyebab bau mulut serta mengurangkan plak dan penyakit gusi. Sebaiknya pilihlah ‘plain yogurt’.
Jangan lupa SHARE artikel ini.
<< Ketahui masalah gigi busuk dan cara untuk mencegahnya di sini.
1 Comment
Tips yang menarikkk