KewanitaanSihat

Apa Punca & Bahaya Uri Bawah Rahim? Baca Di Sini…

Uri Bawah - Women Online Magazine

Setiap ibu yang hamil tentu mahukan kandungannya sihat, dari awal kehamilan sampailah selamat bersalin. Namun, kadang-kadang perkara yang ditakuti itu berlaku juga misalnya uri bawah. Dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang akan mempunyai masalah ini.

Apa yang dimaksudkan uri bawah. Untuk pengetahuan anda, uri bawah atau lebih dikenali sebagai plecenta previa adalah keadaan di mana kedudukan uri berada di bawah dan menutupi pintu servik.Pendarahan selalunya akan berlaku sekiranya menghadapi masalah uri bawah ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan berlakunya perdarahan yang teruk. Berita buruknya,bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh.

Jenis Uri Bawah

Masalah uri bawah ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:

  • Jenis I Atau Uri Rendah

Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim tetapi tidak sampai ke pangkal rahim. Namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina.

  • Jenis II Atau Pinggiran

Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina.

  • Jenis III Atau Separa

Uri menutupi sebahagian pangkal rahim, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean.

  • Jenis IV Atau Lengkap

Uri menutupi seluruh pangkal rahim dan bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean.

Golongan Berisiko Menghadapi Masalah Uri Bawah

Senaman Untuk Menaikkan Uri

Caranya ialah:

  • Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas atau sandarkan pada dinding jika anda tidak mampu untuk mengangkat kaki. Baringlah dalam keadaan begini selama mana yang anda mampu lakukan.
  • Kemudian,tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan anda. Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. Lakukan senaman ini dalam 10-15 kali untuk satu sesi senaman.
  • Selain daripada senaman, anda juga boleh cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agar pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi.
  • Malah,sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal.

Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur.

Kredit foto: eggdonors

<< Ketahui tips mencegah dan menunda kehamilan anda di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Fesyen Muslimah Tetap Boleh Buat Anda Tampil Penuh Gaya

Next post

Adaptasi Fesyen Kontemporari Vintaj Klasik Daripada Duchess & Co

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *