ProblemSihat

Ketahui Punca & Bahaya Kanser Hati

Kanser Hati - Women Online Magazine

Foto: mahderetena

Kanser hati telah dikenalpasti sebagai penyebab kematian bagi 250,000 hingga 1,000,000 individu pada setiap tahun di seluruh dunia. Mengikut kajian, kanser hati menduduki tangga ketiga bagi kematian yang berpunca dari kanser pada keseluruhannya.

Punca utama kanser hati adalah jangkitan kronik hepatitis B dan C dengan anggaran 80 % daripada keseluruhan kes kanser hati.Populasi rakyat Malaysia yang menghidap penyakit hepatitis B secara kronik dianggarkan sebanyak 5.24% dan 2% menghidap penyakit hepatitis C secara kronik. Mereka yang mengidap penyakit hepatitis B dan C secara kronik adalah berisiko untuk mendapat kanser hati.

Tanda Kanser Hati

Pesakit yang menghidap kanser hati mungkin tidak mempunyai simptom pada peringkat awal. Namun, tanda-tanda berikut mungkin terdapat pada pesakit kanser hati;

  • Sakit di bahagian abdomen terutama bahagian rusuk kanan.
  • Jaundice (kuning di bahagian mata dan kulit).
  • Sakit tulang akibat dari penyebaran kanser ke tulang.
  • Demam yang kerap.
  • Mudah letih.
  • Hilang berat badan.
  • Pengesanan pembengkakan hati di bahagian abdomen.
  • Ascites (pengumpulan cecair akibat sirosis di bahagian abdomen).
  • Pendarahan daripada kanser hati mengakibatkan pendarahan pada cecair ascites.

Komplikasi Kanser Hati

  • Muntah darah disebabkan oleh pendarahan varices di saluran makan atau oesophagus yang berpunca dari sirosis atau penyebaran kanser hati ke dalam saluran darah.
  • Jaundice atau kekuningan pada mata atau kulit akibat daipada tahap bilirubin yang tinggi.
  • Sakit perut daripada pendarahan dalaman kanser hati.
  • Koma akibat kegagalan fungsi hati.
  • Sakit pada bahagian abdomen dan menyebabkan tekanan kepada struktur atau organ berdekatan.

Rawatan Kanser Hati

  • Pembedahan Sebahagian Hati Yang Diserang Sel Kanser

Cara ini mempunyai kadar sembuh yang tinggi bagi pesakit, bergantung pada peringkat dan juga keadaan keseluruhan pesakit serta kepakaran yang ada.

  • Pemindahan Hati

Perlu dipertimbangkan sekiranya terdapat hanya satu kanser hati yang berukuran kurang dari 5cm atau kurang dan sama dengan 3c yang tidak boleh dibedah.

  • Radiofrequency Ablation

Penggunaan haba secara radio-frekuensi terus kepada sel kanser di hati yang dijalankan oleh pakar radiologi.

  • Suntikan Ethanol

Suntikan secara terus kepada sel-sel kanser yang dijalankan oleh pakar radiologi.

  • Kemoterapi

Ubatan kemoterapi disuntik terus kepada sel tumour melalui salur darah pesakit oleh pakar radiologi.

<< Ketahui kebaikan dan manfaat daun kari untuk kesihatan anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Bergaya Dengan Cermin Mata Terbaharu Gucci Havana

Next post

Jom Berkelah Di Hutan Lipur Kanching

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *