AsmaraFamili

5 Makanan Ini Boleh Jadi “Ubat Kuat Seks”

Ubat Kuat Seks - woman online magazine

Kredit : specialdates

Ada banyak faktor yang menyebabkan keinginan seks anda mula menurun. Jika dahulu anda akan berusaha untuk mengulanginya setiapkali ada kesempatan.Bahkan, sekali mungkin tidak mencukupi, hinggakan anda sanggup melakukan hubungan seks di pagi-pagi buta. Pelbagai aksi cuba dilakukan, seolah-olah anda tidak pernah puas!

 

Tapi, itu cerita lama. Itu anda yang dulu, kini secara perlahan-lahan tubuh anda mengalami perubahan. Keinginan tersebut tidak sehebat dulu lagi. Dan tahukah anda, ada beberapa jenis makanan yang mampu membangkitkan kembali mood dan ghairah seks anda?

‘Aphrodisiac food ‘atau makanan yang boleh meningkatkan gairah seksual ini bukan hanya meningkatkan stamina dan kesuburan seseorang, namun juga sihat dan bermanfaat untuk tubuh.Makanan yang menjadi “ubat kuat seks ini mudah didapati dan khasiatnya sangat luar biasa.Daripada anda mengambil ubat-ubatan yang mempunyai efek sampingan, baik anda cuba 5 jenis “ubat kuat seks” yang sedap dan sihat ini.

  1. Asparagus

Asparagus kaya akan vitamin B6 dan folat. Kedua vitamin ini boleh meningkatkan ghairah dan orgasme. Selain itu, asparagus juga kaya vitamin E yang merangsang hormon seks pada lelaki dan wanita.

  1. Tiram

Tiram kaya dengan zinc, mineral penting dengan pelbagai fungsi dalam tubuh manusia. Selain dapat meningkatkan ketahanan tubuh, zinc juga mampu membantu menghasilkan testosteron, hormon penting dalam mengatur ghairah lelaki mahupun wanita dan fungsi seksual lainnya. Selain itu, “ubat kuat seks” yang boleh anda peroleh daripada zinc dapat meningkatkan jumlah sperma dan potensi seksual lelaki. Bagi wanita, zinc dapat membantu ovarium (sumber estrogen, progesteron,dan testosteron) agar sentiasa sihat dan menjaga kehebatan anda beraksi di ranjang.

  1. Buah Tin

Ternyata buah tin termasuk dalam senarai buah “ubat kuat seks” kerana ia mampu meningkatkan ghairah seksual, tak kira lelaki dan wanita. Buah tin atau ara ini sangat kaya dengan kandungan serat, nutrisi dan asid amino. Pengambilan buah tin juga mampu meningkatkan mood dan stamina. Aroma buahnya yang begitu harum dan rasanya yang manis mampu memancing sensitiviti deria rasa, sehingga membuatkan hasil ciuman ada menjadi lebih ‘superb’ sehingga rasa ghairah anda pun menjadi semakin bertambah.

  1. Tembikai

Tembikai ,terutama sekali kulitnya, mengandungi nutrisi yang dipanggil ‘citrulline’ yang mampu membuat pembuluh darah menjadi lebih rileks sehingga mencegah disfungsi ereksi, sebuah efek yang sama seperti viagra. Jadi, jangan lupa untuk menggigit sedikit bahagian putih daripada buah tembikai itu ya!

Melalui enzim tubuh, ‘citrulline’ akan diubah menjadi asid amino arginine yang bekerja menjaga kesihatan jantung, sistem perjalanan, sistem ketahanan tubuh sehingga memperlancarkan perjalanan darah termasuk di organ-organ vital seks.

  1. Avocado

Energi dan kesuburan yang kuat sangat diperlukan untuk mendapatkan seks yang hebat, dan avocado adalah “ubat kuat seks” yang tepat. Avocado sarat dengan mineral, lemak jahat yang baik dan vitamin B6 yang semuanya membantu meningkatkan energi dan gairah seks anda. Di samping itu, avocado juga kaya dnegan asid lemak Omega-3 yang secara semuladi meningkatkan mood dan rasa ghairah anda.

<< Ketahui bahaya jika lakukan seks ketika haid di sini.

 

 

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Cara Pakai Makeup Yang Betul Ketika Nak Bersenam

Next post

Cara Mudah Atasi Mata Kering Dan Pedih

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *