FamiliPerkahwinan

6 Inspirasi Pilih Bunga Pahar

bunga pahar - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Bunga Pahar.Jangan terkeliru, antara bunga pahar dengan bunga telur ya.Kedua-dua bunga ini memang digunakan ketika majlis perkahwinan tetapi fungsi kedua-dua jenis bunga ini adalah berbeza.

Bunga pahar merupakan bunga telur yang direka dan dihias khas untuk dipaharkan dan diletakkan di atas pelamin. Ia dijadikan sebagai hiasan pelamin untuk menaikkan seri pelamin bagi kedua-dua mempelai.

Manakala, bunga telur merupakan buah tangan yang dihias untuk diberikan kepada para tetamu yang hadir. Bunga telur selalunya ditempah atau dibuat dalam jumlah yang banyak selari dengan jumlah tetamu jemputan, berbeza dengan bunga pahar yang direka dan dibuat dalam jumlah yang lebih sedikit dari bunga telur.

Jadi, anda sudah dapat membezakan kedua-dua jenis bunga ini? Kali ini, WOM.my ingin berkongsi tentang jenis-jenis bunga pahar yang terdapat di pasaran serta mendapat tempat di kalangan bakal pengantin. Bagi pasangan yang sedang mencari bunga pahar untuk majlis perkahwinan anda, mungkin anda boleh jadikan ini sebagai bahan rujukan anda.

 

1. Bunga Pahar Dip

Bunyinya seolah-olah makanan, tetapi sebenarnya namanya sendiri telah menerangkan bagaimana proses pembuatannya. Bunga Dip adalah di antara bunga pahar yang kelihatan mewah apabila dihias di singgahsana. Ini adalah kerana bunga pahar dip ini diperbuat daripada lilin dan ia menghasilkan kilauannya yang tersendiri.

Proses pembuatannya agak rumit dan berikutan itu jarang untuk orang mengambil tempahan membuat bunga pahar jenis ini. Bunga pahar ini tahan lama dan sememangnya cantik dan bagi pasangan pengantin yang sukakan konsep tradisional dan klasik, bunga telur berinspirasikan daripada Bunga Dip juga boleh dijadikan pilihan anda. Antara motif yang mendapat pilihan ialah bunga lili, bunga raya, handregea dan bunga ros Bunga Pahar Dip dikategorikan sebagai bunga telur yang eksklusif.

 

Baca Juga: Pilih Baju Kebaya Pengantin

 

2. Bunga Pahar Stokin

Bunga Pahar Stokin bukanlah bunga yang dihias menggunakan stokin tetapi sebaliknya. Ia menggunakan fabrik yang seakan-akan fabrik stokin wanita yang lembut dan nipis. Bunga Pahar Stokin kelihatan sama seperti Bunga Pahar Dip daripada segi motif dan rupa bentuk.

Namun begitu, ia berbeza dari segi tekstur dan material. Proses pembuatannya tidaklah serumit pembuatan bunga pahar dip, ia lebih mudah dan jika kena dengan caranya ia akan tampak mewah dan menarik apabila diletakkan di atas pelamin.

 

3. Bunga Pahar Tisu atau Bunga Pahar Crepe Peper 

Bunga Pahar Tisu adalah di antara bunga pahar yang agak popular pada zaman sekarang. Hal ini adalah kerana, ia memiliki keistimewaan dari segi bunganya yang kelihatan seperti bunga sebenar yang tampak gebu dan comel. Bunga Pahar Tisu sangat sesuai menerima kombinasi konsep dan penataan yang bertemakan ‘English Wedding’ mahupun modern kontemperori.

Bagi mereka yang mempunyai kelapangan dan berbakat dalam membuat bunga pahar DIY, anda memang digalakkan untuk lakukannya sendiri kerana kosnya adalah sangat murah di samping ia mudah untuk dibuat. Motif yang sering digunakan ialah motif bunga carnation dan juga bunga kekwa.

 

Baca Juga: Tips Pilih Jubah Pengantin

 

4. Bunga Pahar Kristal

Bunga Pahar Kristal ini mendapat nama dari gubahannya yang kelihatan seperti kristal. Ia sebenarnya menggunakan bahan asas seperti manik-manik  kecil dan besar yang dicantumkan menjadi jambangan bunag sekaligus membentuk bunga pahar yang sangat indah. Ia akan kelihatan seperti berkilauan di bawah lampu di atas singgahsana. Motif yang sering digunakan dalam gubahan bunga pahar Kristal ini ialah motif bunga daisy dan bunga-bunga lain yang kecil.

 

5. Bunga Pahar Teddy Bear

Selain daripada bunga pahar yang bermotifkan bunga-bungaan, kini ada juga di antara bakal pengantin yang ingin melakukan kelainan dengan melakukan bunga pahar menggunakan teddy bear. Bunga pahar ini kelihatan sangat comel apabila diletakkan di atas pelamin. Pastinya ia menjadi rebutan para tetamu kerana kecomelan teddy bear dan hiasan bunga pahar tersebut.

 

6. Bunga Pahar Coklat

Bunga Pahar Coklat menjadi kegilaan ramai bakal pengantin. Coklat seperti Fererro Rocher sangat sesuai dijadikan bunga pahar kerana pembalut coklat tersebut sudah cukup menunjukkan nilai kemewahan. Apabila dihias dengan perincian yang lain dan diletakkan di bawah cahaya lampu, pastinya ia sangat menarik dan cantik.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui 12 trik jimat bajet perkahwinan di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Pulut Kuning Enak Dimakan Begitu Saja

Next post

4 Kebaikan Bila Anda Buat Facial Muka

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *