FamiliPermata Hati

7 Cara Merawat Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi

bayi tumbuh gigi - women online magazine

Kredit Foto: momcircle

Bayi Tumbuh Gigi. Apa tand-tanda bayi tumbuh gigi?

Ibu bapa mana yang tidak susah hati apabila melihat anak kecil merengek akibat kemunculan gigi pertama mereka. Kemunculan gigi pertama adalah tanda yang menunjukkan bayi anda sedang membesar.

Anda biasanya akan melihat gigi pertamanya pada sekitar usia enam bulan atau tujuh bulan. Manakala gigi yang terakhir iaitu gigi geraham kedua yang terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua. Pada usia tiga tahun, anak anda sepatutnya sudah memiliki set lengkap 20 gigi bayi.

Tanda Bayi Tumbuh Gigi

  1. Kegatalan Gusi

Kegatalan gusi ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi tumbuh gigi lebih selesa.

 

  1. Gusi Sakit

Bayi tumbuh gigi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa kerana gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas.

 

  1. Demam

Ada juga bayi tumbuh gigi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Hal ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

 

Baca Juga: Punca Bayi Menangis Malam

 

  1. Kurang Makan

Anda akan mendapati selera makan bayi tumbuh gigi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan si manja anda mendapat cukup cecair dengan cara memberikan lebih susu dan air.

 

  1. Pengeluaran Air Liur

Kebiasaannya pertumbuhan gigi akan merangsang pengeluaran air liur dan perkara ini pada umumnya terjadi pada bayi  tumbuh gigi yang berusia 10 minggu hingga 3 atau 4 bulan.

 

  1. Ruam Pada Dagu Atau Wajah

Kemungkinan  bayi  tumbuh gigi akan mengalami ruam kulit yang muncul di sekitar kawasan mulut, dan juga dagu dan kadangkala ruam itu  juga muncul di kawasan leher. Atasi ruam ini dengan menggunakan krim kulit khusus untuk bayi.

 

Baca Juga: Cara Merawat Ruam Bayi

 

  1. Bayi Sering Menggigit

Tekanan yang ditimbulkan oleh gigi yang akan keluar melalui gusi biasanya menyebabkan bayi  tumbuh gigi merasa tidak selesa. Ketidak selesaan ini biasanya akan menyebabkan anak anda mula menggigit apa juga barang yang ada padanya seperti barang mainan.

 

Tips Atasi Sakit Ketika Bayi Tumbuh Gigi

  • Berikan bayi anda objek-objek yang membolehkan dia gigit. Pastikan objek tersebut selamat.
  • Tekapkan tangan atau sudu sejuk di gusi bayi anda supaya ia berasa kebas.
  • Biarkan bayi mengunyah biskut rusk, breadstick atau roti keras
  • Beri putting(pacifier)untuk melegakan rasa sakit gusinya
  • Dapatkan gel tumbuh gigi di farmasi dan sapukan pada gusi bayi anda.
  • Bagi melegakan keresahan bayi tumbuh gigi,anda boleh menggosok-gosok gusi bayi anda dengan jari anda.
  • Dakap dan tenangkan bayi anda. Anda bolehlah membawa bayi anda keluar berjalan-jalan.

 

Penjagaan Gigi Bayi

Apabila gigi anak anda telah tumbuh, gigi tersebut perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Malah anda juga boleh membeli berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi adalah tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang dengan lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi anda sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini.

 

Baca Juga: Gigi Anak Rosak

 

Info Ekstra

Berikut ialah susunan mengikut jenis gigi yang akan tumbuh:

  • Gigi kacip pertama (bawah) 6-8 bulan.
  • Gigi kacip pertama (atas) 6-8 bulan.
  • Gigi kacip kedua (atas) 6-10 bulan.
  • Gigi kacip kedua (bawah) 6-10 bulan.
  • Geraham pertama (atas) 12-16 bulan.
  • Geraham pertama (bawah) 12-16 bulan.
  • Gigi taring (atas) 16-20 bulan.
  • Gigi taring (bawah) 16-20 bulan.
  • Geraham kedua (bawah) 2-3 tahun.
  • Geraham kedua (atas) 2-3 tahun.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<<Pemakanan seimbang juga perlu ada untuk tumbesaran bayi yang sihat. Ketahuinya di sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Tips Pilih BB Cream Yang Sesuai Dengan Tona Kulit Anda

Next post

5 Manfaat Kulit Pisang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *