FamiliPerkahwinanSuami Isteri

5 Punca Suami Takut Bini!

ciri suami takut bini - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan.

Takut Bini. Anda pernah dengar cerita mengenai suami takut bini. Jom baca tip ini untuk panduan bersama.

Selalu menuruti permintaan isteri? Jika anda suami yang selalu menuruti permintaan isteri, boleh jadi anda adalah suami yang takut pada isteri!

Sikap penurut suami ini biasanya disebabkan kerana rasa takut kepada isteri. Takut isteri mengamuk atau melaporkan kepada pihak keluarganya dan sebagainya.

Ada banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan suami takut isteri. Selain dari faktor kewangan, mungkin juga disebabkan sikap isteri yang terlalu emosional.

Mari kita lihat mengapa segelintir suami takut bini

1. Terlalu sayangkan bini demi kebahagiaan bersama

Jika kita sayangkan seseorang itu pasti kita sentiasa menjaga hati dan perasaan dia dengan baik. Andai anda dan isteri bertengkar sudah pasti keadaan menjadi bertambah rumit. Sebagai suami yang penyayang, anda terpaksalah mengalah. Lagipun jika terpaksa berdebat, anda tetap akan kalah!

 

Baca Juga: Tips Elak Gaduh Besar

 

2. Umur isteri lebih tua daripada suami

Biasanya mereka yang punya isteri lebih tua cenderung menjadi suami yang hormat dan tunduk pada isterinya.  Anda tidak berani untuk mengeluarkan mendapat meskipun diminta. Bahkan, ada juga lebih senang mendiamkan diri.Biarpun isteri lebih tua daripada anda, tetapi ada adalah ketua keluarga. Semua keputusan dalam rumahtangga berada di tangan anda.

 

3. Gaji isteri lebih tinggi berbanding gaji suaminya.

Perempuan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi biasanya lebih dominan, termasuk dalam hal rumahtangga. Merasa memiliki kuasa yang besar ke atas gajinya, isteri cenderung lebih mengawal urusan rumahtangga termasuk mengatur suami. Akibatnya, anda menjadi suami yang takut pada isteri!

 

4. Isteri penuntut dan cemburu

Ciri-ciri suami takut isteri juga boleh dilihat daripada sikap isterinya. Seorang isteri yang kuat cemburu dan suka menuntut boleh membuat suami takut isteri.Biasanya si isteri akan mengawal apa-apa aktiviti yang anda dilakukan, menentukan ke mana anda boleh pergi, siapa yang boleh anda jadikan teman atau apa yang boleh anda perkatakan serta cuba mengawal anda melalui perasaan bersalah anda.

 

5. Selalu menuruti permintaan dan keputusan isteri

Ada ketikanya anda seperti kehilangan wibawa di mata isteri. Tidak ada satu pun keputusan yang anda ambil tanpa persetujuannya.  Sebagai suami, tidak seharusnya anda menuruti semua yang diucapkan oleh isteri. Apatah lagi jika perkara tersebut tidak elok untuk anda dan keluarga.

Sekiranya isteri anda yang paling dominan dalam membuat keputusan dan anda hanya diam sahaja, ini bermakna anda juga salah seorang daripada suami yang takut pada isteri!Bagaimana, adakah anda juga termasuk dalam kategori suami yang takut pada isteri? Cubalah kenali siapa pasangan anda dan fahami siapa dia.

 

Baca Juga: Suami Pemalas

 

Kebahagiaan sebuah perkahwinan itu bergantung kepada dua insan yang menjalaninya, iaitu anda dan isteri.Jadi sebab itulah, alangkah baiknya jika sebagai lelaki, sebelum berkahwin anda memiliki banyak pengetahuan terutama tentang agama.Tambahan pula, anda adalah imam dalam rumahtangga. Jika seorang imam memiliki kriteria dan pengetahuan yang baik, insyaAllah anda  boleh membimbing isteri anda ke jalan yang diredhai.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< jom ketahui cara bagaimana untuk menghargai pasangan anda di sini…

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh Pahang

Next post

Cantik Dengan Masker Telur

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *