FamiliPermata Hati

Simptom-Simptom Bayi Anda Sembelit & Ketahui Cara Mengatasinya

Bayi Sembelit - Women Online Magazine

Foto:medelabreastfeedingtips

Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan. Sembelit mungkin menjadi masalah kepada bayi yang lebih berusia apabila dia mula makan makanan pejal.Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengeluarannya dan semakin lama di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering.

Sebelum anda mengesyaki sembelit, anda perlu mengenali simptom-simptom. Bagi bayi yang berusia kurang dari tiga bulan, mereka jarang mengalami sembelit walaupun bayi anda diberikan susu formula.

Kenapakah Sembelit Berlaku?

Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan. Doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.

Simptom-Simptom Sembelit Bayi

  • Meragam, sakit abdomen dan gastrik.
  • Abdomen yang keras.
  • Sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar.
  • Luka di dubur yang boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang najis.
  • Najis yang berketul-ketul.

Jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.

Rawatan

Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda. Anda akan diminta membawanya untuk pemeriksaan. Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prune yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prune.

Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong.

Cara-cara yang boleh membantu:

  • Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.
  • Jika bayi memakan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.

Kesimpulan

Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal. Ini kerana badan bayi baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru. Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan bayi akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap.

<< Ketahui cara selamat memotong kuku bayi di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Rahsia Rambut Kerinting Dengan Mudah & Kelihatan Semulajadi Dalam Satu Langkah…

Next post

Kenali Ciri-Ciri Penyakit Amnesia Dan Penyebab Sebenarnya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *