FamiliPerkahwinan

8 Ciri Suami Mithali Yang Dicari

Suami Mithali - Women Online Magazine

Kredit foto: ibar.ba

Suami Mithali. Setiap wanita pastinya mengimpikan seorang suami yang bukan sahaja mencintai dirinya. Malahan, mempunyai keperibadian yang tinggi.

Mencari seorang suami untuk dijadikan teman seumur hidup bukanlah sesuatu hal yang mudah.Bayangkan jika tidak mengenali keperibadian si dia tetapi akan hidup bersamanya sehingga akhir hayat? Pastinya sebagai wanita, anda menginginkan seorang lelaki yang layak untuk menjadi seorang suami mithali. Jom kita lihat ciri-ciri seorang suami mithali.

Ciri-Ciri Suami Mithali

  1. Seorang Yang Soleh

Menunaikan tanggungjawab terhadap Allah, keluarga serta kepada semua yang menjadi tangungjawabnya dengan penuh semangat dan perhatian. Suami mithali akan memimpin keluarga dengan mengikut cara Rasullah sebagai ikutan dan teladan yang baik untuk keluarganya.

 

  1. Memberi Nafkah

Seorang suami harus berusaha untuk kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan keluarga.

 

  1. Menasihati & Menegur Kesilapan Isteri

Suami juga wajib memberi pendidikan kepada isteri dan keluarganya. Bukan sahaja dalam hal agama malah seluruh aspek kehidupan.

Suami bertanggungjawab dalam menegur kesilapan isteri dan menasihatinya dengan cara yang berkhemah.

 

  1. Menjaga Rahsia

Berkongsi rahsia merupakan terapi yang bagus yang boleh diamalkan antara suami dan isteri. Aktiviti ini dapat menunjukan rasa cinta antara satu sama lain dan dapat mengukuhkan rasa percaya dan amanah antara satu sama lain.

 

  1. Seorang Yang Tenang & Pemaaf

Suami mithali haruslah bersikap tenang dalam memimpin kehidupan berumahtangga. Jika berlakunya masalah, suami seharusnya bersikap tenang dan cuba menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.

 

  1. Menghormati Isteri

Sebagaimana kaum lelaki, wanita juga mahukan mereka dihormati. Apabila suami menghormati isteri, pastinya si isteri akan lebih menghormati suami. Ia akan mengeratkan lagi ikatan perkahwinan dengan penuh kasih sayang.

 

  1. Ringan Tulang

Membantu isteri bukan sahaja dapat memenangi hati isteri tetapi juga dapat melahirkan kebahagian dan keharmonian rumahtangga.

 

Baca Juga: Lelaki Ringan Tulang

 

  1. Setia & Jujur

Isteri merupakan orang yang sentiasa berada di sisi suaminya di waktu susah dan senang. Bermakna si isteri tidak patut di tinggalkan atau dianiaya oleh suaminya. Suami yang mithali mestilah jujur dalam setiap perkara terhadap isterinya bagi mengelakkan hubungan rumahtangga retak.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui sikap lelaki yang boleh buat kaum wanita rasa menyampah di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Eyeliner Tips Yang Cukup Berguna

Next post

6 Gaya Solekan Tepat Buat Anda Yang Berkulit Gelap

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *