FamiliPermata Hati

5 Tips Buat Majlis Buai Berendoi

Buai berendoi - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Buai Berendoi. Adat buai berendoi sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi danmerupakan warisan yang sering disebut-sebut sehingga kini.

Warisan budaya ini kembali popular terutama di kalangan  selebriti tanah air. Ramai selebriti menimang cahaya mata pertama mereka dan sekaligus mengambil peluang untuk memperkenalkan putera atau pun puteri mereka melalui majlis buai berendoi.

Adat buai berendoi dikatakan berasal dari negeri dari Utara seperti Perlis, Kedah dan juga Perak. Namun, negeri yang mengamalkan adat pepatih mempunyai adat buai berendoi mereka tersendiri.

Kebiasaannya adat buai berendoi dilakukan selepas upacara mencukur rambut bayi iaitu pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan atau hari terakhir ibu berpantang iaitu hari ke-44 selepas bersalin. Adat buai berendoi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata.

Lagu Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa senikata memuji junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak, selain juga nasihat kepada anak-anak.

 

Baca Juga: Punca Bayi Gatal Kulit Kepala

 

Pada zaman moden ini, buaian telah dipermodenkan dengan rekabentuk dan hiasan yang menarik untuk menyambut kehadiran si comel. Tapi, awas jangan disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur riak.

Selain itu, ramai juga yang menyediakan perkhidmatan tempahan buai berendoi dan pakej untuk majlis buai berendoi. Ia merupakan trend yang cukup hangat dan mempunyai permintaan yang tinggi. Adat-adat lama juga boleh dijadikan sebagai perniagaan selepas ia menerima sentuhan moden dan eksklusif.

Buaian berendoi yang dihias cantik dengan dekorasi dan warna menarik di majlis cukur jambul, aqiqah atau kesyukuran sempena kelahiran cahaya mata baru kini semakin menjadi trend ibu bapa yang menginginkan sesuatu yang terbaik khusus buat si kecil mereka.

 

Baca Juga: 5 Cara Mengatasi Anak Nakal

 

WOM.my ingin kongsikan 5 tips yang perlu diambil kira untuk mengadakan majlis buai berendoi.

  • Pemilihan warna tema memainkan peranan penting agar ianya tidak kelihatan terlalu terang dan menyakitkan mata. Pemilihan warna pastel atau warna yang lembut sangat sesuai untuk si comel.
  • Konsep majlis buai berendoi perlulah sepadan dengan jantina si comel dan keadaan rumah agar tidak sempit dan memudahkan tetamu untuk bergerak.
  • Bajet yang ingin dikeluarkan untuk majlis buai berendoi tidak seharusnya terlalu mewah, cukup sekadar sederhana untuk mengelakkan pembaziran.
  • Kualiti buaian dan penggunan fabrik adaperlu diambil kira, dikhuatiri akan membuatkan si comel tidak selesa.
  • Penggunaan lampu yang terang boleh menyakitkan mata si comel dan dinasihatkan supaya tidak menggunakan unsur lampu terlalu cerah untuk majlis si comel.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< jom dapatkan resepi untuk bubur bayi di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Rendang Kerang Pedas

Next post

6 Petua Berkesan Halau Cicak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *