FamiliPermata Hati

Ketahui Punca Yang Menyebabkan Bayi Terkena Penyakit Jantung

penyakit jantung - women online magazine

Penyakit jantung sering dikaitkan dengan orang yang sudah berumur. Namun,ramai yang tidak tahu bahawa penyakit jantung juga boleh menyerang kanak-kanak atau bayi.

Kadangkala penyakit jantung ini boleh diketahui ketika bayi dilahirkan. Bahkan ada juga yang diketahui ketika bayi tersebut berumur 2-3 minggu.Sebagai ibu bapa, anda tentunya mahukan yang terbaik untuk anak anda dan ingin melihatnya membesar seperti kanak-kanak normal yang lain dengan sihat. Kali ini WOM.my mahu berkongsi tips dengan anda tentang penyakit jantung pada bayi supaya anda dapat mengelak dan merawat sekiranya bayi anda menghadapi penyakit jantung tersebut.

 

Jenis-Jenis Penyakit Jantung:

Jantung berlubang tanpa kebiruan

Ventricular septal defect (VSD) – Darah melencong dari ventrikal kiri ke saluran paru-paru kerana terdapat lubang di antara dinding ventrikel kiri dan kanan. Lubang yang kecil biasanya tertutup secara sendiri.

Atrial septal defect (ASD) – Lubang di antara atrium kanan dan kiri.

Atrio-ventricular septal defect (AVSD) – Selalunya dikaitkan dengan Sindrom Down.

 

Sakit jantung jenis biru (cyanotic heart defects)

Transposition of great arteries (TGA) – Pembuluh darah aorta dan pulmonari arteri bertukar tempat dan keluar dari ventrikal secara salah sekaligus menyebabkan pengaliran darah secara terbalik lalu tubuh bayi akan biru kerana darah tidak mengalir ke paru-paru dan kembali ke badan semula.

Fallot tetralogy – Ia melibatkan VSD dan penyempitan injap pulmonari yang menyebabkan kekurangan pengaliran darah ke paru-paru.

 

Kecacatan jantung jenis sumbatan

Pulmonary stenosis (PS) – Ia berlaku apabila penyempitan di injap atau di arteri pulmonary.

Aortic stenosis (AS) – Injap aorta yang sempit yang akan memberi bebanan ke atas ventrikal kiri.

 

Punca Bayi Menghidap Penyakit Jantung

 

Tanda-Tanda Penyakit Jantung

Kebanyakan kes melibatkan kanak-kanak dapat dikesan sejurus lahir tetapi ada yang tidak menunjukkan sebarang tanda. Antara gejalanya adalah :

  • Pernafasan dan pergerakan nadi yang laju.
  • Degupan jantung yang laju.
  • Lebam-lebam biru pada kulit.
  • Berat badan yang tidak bertambah dan selalu sakit.
  • Keletihan melampau atau bernafas kencang semasa makan atau menyusu.
  • Pembesaran terbantut.
  • Warna lidah dan kuku yang kebiruan
  • Sesak nafas ketika bermain atau menyusu

Sebagai ibu bapa,jangan mudah melatah sekiranya anak anda mengalami penyakit. Sebaliknya anda harus kuat dah bertahan kerana anak anda sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada anda.Jika bayi anda mempunyai potensi menghidapi penyakit jantung, segeralah menemui doktor dan dapatkan rawatan sewajarnya. Masa depan si manja anda sangat berharga.

Kredit foto: littlemisswife

<< Ketahui cara mencegah demam kuning pada bayi di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

WOM.my Kembali Dengan Wajah Baru!

Next post

Wajib Jaga Makan Ketika Berpantang Kalau Tak Nak Darah Nifas Berbau Busuk!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *