7 Kebaikan Pemakaian Barut Bayi
Kredit Foto: 4.bp
Barut bayi adalah amalan tradisional bagi masyarakat Melayu. Barut dipercayai dapat melindungi bahagian perut bayi daripada mengalami kembung perut dan penyakit yang lain.
Berbarut akan dilakukan ke atas bayi yang baru lahir seawal usia dua hari.Kebiasaannya, ketika usia bayi tujuh hari, tali pusat tertanggal dengan sendirinya. Namun begitu, biarpun tali pusat sudah tertanggal, tidak bermakna bayi tidak perlu memakai barut. Dalam budaya Melayu, bayi tetap berbarut sehingga usianya meningkat dua bulan. Hal ini demikian kerana bahagian pusat bayi masih belum kering sepenuhnya.
Baca Juga: Punca Bayi Menangis Malam
Peraturan Yang Perlu Dipatuhi Ketika Memakaikan Barut Pada Bayi
Bayi perlu dimandikan dengan air suam-suam kuku. Disebabkan tali pusat bayi masih belum tertanggal, maka tali pusatnya perlu dikeringkan terlebih dahulu dengan menggunakan kain kapas yang lembut.
Apabila tali pusat bayi telah kering, lumurkan perut bayi dengan minyak telon. Kemudian ambil barut bayi yang ukurannya sesuai dengan saiz badan bayi, lalu diikat kemas. Diingatkan, ikatan itu janganlah tidak terlalu ketat dan terlalu longgar.
Kelebihan Barut Bayi
1. Membantu mengelakkan perut bayi daripada kembung.
2. Dibuat dari kain kapas yang lembut dan akan memberikan keselesaan pada bayi anda.
3. Bertujuan bagi menjaga bahagian tali pusat yang belum tertanggal daripada terkena gigitan semut atau serangga kecil.
4. Saiz yang besar agar dapat dipakai dengan lebih lama walaupun bayi anda telah bertambah saiz dan beratnya.
5. Memakai barut bayi dapat memudahkan tali pusat tertanggal dengan cepat tanpa menyakitkan bayi.
6. Pilih saiz barut bayi yang lebih besar agar dapat menutup perut dan dada bayi.
7. Terdapat pelbagai warna dan corak untuk dipilih. Barut bayi yang berwarna warni akan membuatkan bayi anda kelihatan comel ketika memakainya.
Jangan lupa SHARE artikel ini.
<< Ketahui kebaikan bayi anda dipakaikan bedung di sini.
No Comment