FamiliPermata Hati

6 Faktor Dapat Anak Kembar

Mengandung Kembar - Women Online Magazine

Kredit Foto: expedino.com/cute-twin-baby-boy-wallpapers-hd/

Mengandung Kembar.Ramai pasangan bahagia bukan sahaja yang baru berkahwin, malah pasangan yang sudah dikurniakan cahaya mata pasti menginginkan kelahiran anak kembar.

Namun begitu, kita sering terdengar ayat seperti, “Keturunan kau ada kembar ke? Kalau tak susahlah nak dapat”. Sebenarnya untuk mendapatkan anak kembar, tidak semestinya disebabkan faktor genetik, tetapi pelbagai faktor lain.

Terdapat 2 jenis kembar:

Kembar seiras berlaku apabila satu telur (isteri) bersenyawa dengan satu benih sperma (suami) dan kemudian embrio itu terbelah menghasilkan 2 embrio.  Embrio akan membahagi menghasilkan dua janin dan akhirnya dua bayi terbentuk.

Kembar tak seiras berlaku apabila 2 telur (isteri) yang berbeza bersenyawa dengan 2 sperma (suami).  Ini menghasilkan 2 embrio, masing-masing membesar menjadi janin dan akhirnya terhasil dua orang bayi.

Kembar seiras berkongsi gen sesama sendiri (jantina mereka serupa i.e. lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan), tetapi sebaliknya bagi kembar tidak seiras.  Jantina bagi kembar tak seiras boleh jadi sama (lelaki-lelaki atau perempuan perempuan) atau tidak sama (lelaki-perempuan).

 

Baca Juga: Cara Cepat Mengandung

 

Faktor Mendapatkan Anak Kembar

  • Genetik

Jika salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, keberangkalian untuk anda juga besar. Hal ini kerana trait mungkin telah diturunkan kepada diri anda. Trait ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

 

  • Bilangan Anak

Semakin tinggi bilangan anak yang anda lahirkan, semakin tinggi peluang anda untuk melahirkan anak kembar selepasnya.

 

  • Usia

Wanita yang berusia antara 35 hingga 40 tahun ke atas, mempunyai yang lebih tinggi berbanding wanita lain. Ini kerana pada usia ini, wanita lebih cenderung kepada pengambilan rawatan kesuburan.

 

Pengambilan makanan yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi membantu untuk anda melahirkan anak kembar.

 

  • Berat dan Ketinggian

Bagi wanita yang lebih berat badannya dan lebih ketingginya lebih berpeluang mempunyai anak kembar.

 

Sebelum mengandung, jika wanita itu mengambil ubat kesuburan dapat meningkatkan keberangkalian untuk menghasilkan dua ovum danj seterusnya mendapatkan anak kembar.

 

Bagaimana Doktor Mengetahui Anda Mengandung Anak Kembar?

Apabila doktor memeriksa perut anda, mereka akan merasa dan mengira saiz rahim anda. Kebiasaanya saiz rahim mengandung kembar lebih besar dari tarikh mengandung.  Doktor juga boleh membuat pemeriksaan ultra bunyi untuk melihat bilangan bayi dalam rahim.  Kembar seiras mempunyai jantina yang sama dan boleh dilihat semasa ultra bunyi.  Semasa ultra bunyi, doktor akan melihat kedudukan uri.

 

Baca Juga: Punca Lambat Mengandung

 

Risiko Mengandung Kembar

Mengandung kembar mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding mengandung biasa. Antaranya:

  • Kelahiran bayi pramatang, mudah keguguran dan kebarangkalian kelahiran bayi cacat.
  • Bayi kembar biasanya mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding bayi biasa.
  • Kematian bayi semasa dalam kandungan sama ada seorang atau kedua-duanya yang berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit atau lain-lain.
  • Ibu bayi lebih mudah diserang penyakit darah tinggi dan kencing manis.
  • Kenaikan berat badan yang lebih pantas, ibu bayi mudah mengalami sesak nafas, sakit punggung dan rasa ngilu di perut serta sembelit.
  • Lebih mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin.
  • Penambahan tekanan pada jantung, paru-paru dan buah pinggang yang menyebabkan anda mudah letih.

 

Info Extra!

  • Pastikan anda banyak berehat seperti selalu berbaring agar aliran darah plasenta meningkat dan mempercepatkan pertumbuhan janin.
  • Dapatkan nasihat dan sokongan positif daripada pasangan anda, ahli keluarga dan orang yang berpengalaman melahirkan anak kembar.
  • Gandakan perbelanjaan setelah mengetahui anda mengandung kembar.
  • Banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya.

<< Ketahui empat jenis senaman yang memudahkan proses bersalin di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Cara Berkesan Hapuskan Kutu Rambut

Next post

5 Rahsia Hati Seorang Lelaki

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *