FamiliPermata Hati

7 Punca Bayi Anda Kembung Perut

 bayi kembung perut - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan.

Bayi anda kerap menangis? Mungkin bayi anda sedang mengalami kembung perut. Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis pada lewat petang dan awal malam.

Anda boleh cuba mengenalpasti dengan cara menjentik perlahan di perut bayi dan dengar bunyi dan jika perut bayi keras ia merupakan tanda bayi kembung perut. Masalah ini berpanjangan selama 2 hingga 4 jam sehari dan sekurang-kurangnya 5 hari seminggu.

Ia bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan. Dianggarkan 1 hingga 5 dari 10 orang bayi mengalami kembung perut.

 

Baca Juga: Punca Bayi Menangis Malam

 

Mengapa Bayi Anda Mengalami Kembung Perut?

  • Alah kepada laktosa.
  • Usus bayi masih belum matang.
  • Cara anda menyusukan bayi.
  • Bayi mengalami ketidakselesaan disebabkan oleh angin.
  • Sistem saraf bayi belum matang menyebabkan ia sensitif terhadap persekitaran.
  • Susu formula yang kurang bersesuaian.
  • Terdedah kepada asap rokok. Jika ibu bayi merokok ketika mengandung dan berpantang, bayi itu lebih berisiko mengalami kembung perut.

 

Cara Mengatasi Bayi Kembung Perut

  • Elakkan dari membiarkan bayi anda dengan persekitaran yang bising.
  • Bawa bayi anda bersiar-siar dan ambil angin.
  • Selimutkan bayi anda dan biarkan dia selesa dengan keadaan itu.
  • Selepas memandikan bayi, cuba membuat urutan dari tapak kaki bayi sehingga ke perut.
  • Jika bayi anda mengambil susu formula, mungkin ia tidak sesuai dan anda boleh bertukar kepada susu lain.
  • Pastikan bayi latch dengan baik semasa proses menyusu badan.
  • Memberi ubat dimethicone untuk mengurangkan simptom kembung (Boleh didapati di klinik)

 

Baca Juga: Punca Bayi Gatal Kulit Kepala

 

Dapatkan Nasihat Doktor Sekiranya;

 

<< Ketahui kepentingan pemakanan seimbang bayi anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Dia Lelaki Pilihan Saya!

Next post

8 Nikmat Bila Anda Urut Badan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *