FamiliPermata Hati

6 Jenis Makanan Kudapan Yang Sihat Untuk Anak-Anak Anda

Makanan Yang Sihat - Women Online Magazine

Foto: runnerbeans

Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlulah menitik beratkan kesihatan anak-anak. Berusahalah untuk memberi makanan yang sihat dan seimbang agar anak-anak dapat membesar dengan baik dan kekal sihat.

Pemilihan dan amalan pengambilan makanan yang sihat perlu diterapkan di kalangan kanak-kanak. Bantulah anak-anak memilih makanan yang sihat agar mereka dapat makan secara sihat dan belajar menikmati makanan berkhasiat.

Makanan Yang Sihat

Pilih roti penuh bijirin kerana ia mengandungi lebih serat. Lapiskan sandwich dengan isi yang digemari oleh anak seperti ikan tuna, keju, isi ayam yang dipanggang atau telur rebus yang dilecek dengan sedikit mayones. Tambahkan sedikit sayur seperti timun, salad dan lobak.

  • Susu Rendah Lemak

Ia mengandungi kalsium dan protein yang diperlukan oleh kanak-kanak. Pastikan bekalan susu dikendalikan dengan sempurna. Selepas minum, lebihan susu hendaklah dibuang untuk mengelak keracunan makanan.

Sediakan biskut yang kurang manis dan lemak. Sebaiknya pilih yang berbijirin seperti biskut oat, biji bunga matahari yang kaya dengan fiber dan zat.

Hidangkan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan. Pastikan anda menyediakan buah-buahan yang mempunyai khasiat dan kandungan nutrisi yang mencukupi.

Sediakan nasi goreng sebagai makanan yang sihat untuk anak-anak. Tidak perlu dihidangkan dalam kuantiti yang banyak, cuma tambahkan lebih sayur, telur, ayam atau daging dalam nasi menjadikan ia seimbang dan sihat. Kurangkan penggunaan minyak berlebihan untuk menumis.

Bijirin yang pelbagai perisa seperti coklat dan madu jarang ditolak kanak-kanak. Ibu bapa hanya perlu menyediakan bijirin yang kurang manis, diperkuat dengan kalsium dan berfiber. Bijirin boleh disajikan dengan buah-buahan agar kelihatan lebih menarik dan sihat untuk anak anda.

Tips Kesihatan Kanak-Kanak

  • Aktiviti Fizikal

Galakkan anak anda untuk melakukan aktiviti fizikal sama ada di dalam rumah ataupun di luar rumah. Ia dapat meningkatkan kesihatan anak anda selain dari melindungi pemakanannya sahaja.

Jangan biarkan anak anda jatuh cinta dengan senek ringan. Snek ringan bukan sahaja bahaya disebabkan kandungannya, ia juga menyebabkan anak anda enggan mengambil makanan yang sihat.

  • Galakkan Minum Air Masak

Anak-anak perlu dididik minum air masak setiap hari. Ia penting untuk mengeluarkan toksik dan melancarkan sistem tubuh. Apatah lagi jika anak anda seorang yang aktif!

Ibu bapa perlu memberi didikan kepada anak-anak mengenai makanan yang sihat dan tidak sihat. Ia membantu anak anda memahami kandungan makanan itu sendiri dan membuat mereka tidak mengambil makanan yang tidak sihat.

Kesimpulan

Libatkan anak anda semasa merancang dan menyediakan makanan. Ini akan membantu mereka belajar mengenai kepentingan memilih makanan berkhasiat yang sihat. Sebagai ibu bapa, pastinya anda mahukan yang terbaik untuk mereka. Jika anda tidak mula mengambil langkah yang bijak, tidak mustahil suatu hari nanti ia akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan mereka. Ayuh, mula dari sekarang.

<< Ketahui cabaran ibubapa cemerlang dalam mendidik anak-anak di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kelas Tambahan : “Pengaturcaraan” Fertiliti (SIRI PERTAMA)

Next post

Kelas Tambahan : “Pengaturcaraan” Fertiliti (SIRI KEDUA -AKHIR)

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *