FamiliPerkahwinan

Harus Bijak Pilih Katering Perkahwinan Yang Sedap & Murah

Katering Perkahwinan - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Bagi para tetamu yang datang ke majlis perkahwinan, salah satu perkara yang paling dikenang adalah keenakan hidangan yang disajikan pada majlis tersebut.

Selain meraikan kedua momen bersejarah buat kedua mempelai, hidangan yang paling memukau selera merupakan perkara yang ditunggu oleh tetamu undangan yang hadir.

Jadi, bagi anda yang mahu melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, anda disarankan untuk memilih katering yang menyediakan makanan terbaik. Bercakap tentang katering perkahwinan, jelas terbayang di fikiran bajet besar yang perlu dikeluarkan. Namun, anda sebenarnya boleh mendapatkan katering dengan hidangan yang sedap tanpa mengeluarkan modal yang besar. Bahkan, aktiviti gotong-royong bersama ahli sanak-saudara dan jiran tetangga juga boleh dijadikan alternatif. Jimat pun jimat!

Banyak faktor yang menentukan kelancaran dalam mengadakan sebuah majlis perkahwinan, dan salah satunya adalah jamuan untuk para tetamu. Tidak dapat  dinafikan dalam kehidupan yang serba moden ini, ramai yang memilih untuk mengambil perkhidmatan katering perkahwinan.Mudah, pantas dan tidak memeningkan kepala. Bayar sahaja dan semuanya telah tersedia. Itu mungkin antara kebaikan jika menggunakan perkhidmatan katering perkahwinan.

Tetapi ada juga yang berpendapat menggunakan khidmat katering perkahwinan menghilangkan semangat kemuafakatan, gotong-royong, bantu-membantu dan sedikit sebanyak menghakis hubungan silaturahim. Gotong – royong untuk majlis perkahwinan ini masih lagi subur di kalangan orang – orang kampung, kerana ia menjimatkan tenaga dan masa dan sekaligus dapat meringankan kos perbelanjaan tuan rumah.

Kemeriahannya mungkin berbeza, namun terpulang kepada anda. Kedua- duanya untuk jamuan kepada para tetamu, cuma mana yang lebih mudah dan praktikal. Anda perlu memikirkan siapa yang perlu basuh pinggan,angkat makanan dan sebagainya. Memang gotong royong  menjimatkan tetapi dalam masa ada banyak masalah yang mungkin timbul, jika tidak kena gayanya.

Kecantikan dan kesempurnaan majlis sesebuah perkahwinan selalunya menjadi buah mulut tetamu apabila hiasan dan persembahannya menarik serta kualiti dan kuantiti makanan yang memenuhi citarasa anda dan tetamu yang diundang.

Di sini WOM.my senaraikan beberapa panduan atau tips untuk memilih katering perkahwinan ataupun gotong- royong.

Katering Perkahwinan

  • Kenal pasti menu masakan untuk daging lembu dan ayam yang akan dimasak. Berapa yang perlukan untuk 1,000 tetamu yang menikmati hidangan. Jika anda berurusan dengan katering perkahwinan yang berpengalaman, mereka akan dapat memberikan jawapan yang memuaskan.
  • Bertanya kepada katerer berapa kenderaan yang disediakan bagi tujuan katering perkahwinan tersebut. Jika kenderaan tersebut tidak mencukupi, boleh menimbulkan masalah atau kelewatan makanan sampai di lokasi majlis.
  • Pastikan anda bertanya kepada katerer, berapa orang dan siapakah pelayannya? Adakah mereka berpengalaman dan memakai uniform ataupun tidak.
  • Pilih katering perkahwinan yang menawarkan pelbagai tambahan jenis makanan. Bonus di sini menjadi begitu penting kerana pada realitinya sering terjadi jumlah makanan tidak mencukupi untuk seluruh tetamu yang datang.
  • “Food testing”. Jangan malas melakukan “food testing” menu makanan yang akan dipesan. Pastikan menu yang dipesan memang sesuai dengan yang diinginkan.
  • Pilihan menu. Jangan lupa untuk memikirkan kemungkinan tetamu yang datang. Misalnya sediakan menu yang boleh dimakan oleh kanak-kanak. Jika tetamu ada yang vegetarian, jangan lupa sediakan menu untuk mereka. Carilah rujukan sebanyak mungkin.
  • Tema majlis. Tentukan tema majlis terlebih dahulu samada “buffet” atau “round table”. Tema majlis sangat penting untuk menentukan menu dan jumlah makanan yang dipesan.
  • Berbelanja ikut budget. Pembiayaan katering perkahwinan ini ditentukan oleh jumlah tetamu undangan, jumlah jenis makanan dan minuman yang dipilih, dan bagaimana hidangan itu akan disajikan.

Gotong-royong

  • Jumlah tetamu yang dijemput.
  • “Lay Out” (khemah dan meja, DJ, Tempat masak, tempat basuh pinggan, tempat simpan pinggan yang sudah dibasuh.)
  • Jumlah menu makanan
  • Peralatan makan (pinggan mangkuk dan sudu garpu, tempat basuh tangan, tisu, bekas isi makanan dan minuman. )
  • Anggaran bahan mentah (ini paling sukar, anggaran perlulah tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak agar tidak membazir.)
  • Kakitangan (tukang masak, tukang penyediaan bahan mentah, bersihkan meja, tukang tambah makanan, tukang basuh pinggan, ‘runner’.)

Kredit foto kepada neomanforce

<< Jom lihat jenis-jenis hantaran pertunangan di sini.. 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Fahamkan Betul-Betul Apa Itu GST

Next post

Bulu Mata Palsu Berikan Impak Mata Lebih Memukau

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. April 10, 2015 at 8:27 pm — Reply

    Artikel yg cukup praktikal. Ramai yg menulis tentang katering perkahwinan, akan tetapi fakta mereka kurang tepat.

    Syabas atas perkongsian yg berguna.

Leave a Reply to Warisan Pak Talib Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *