FamiliPerkahwinan

5 Manfaat Kahwin Campur

kahwin campur - women online magazine

Kredit Foto: scmp

Kahwin Campur. Trend kahwin campur tetap mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia hari ini.

Perkahwinan  merupakan sunnah Rasulllah s.a.w dan  digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh hukum syarak. Perkahwinan juga amat digalakkan untuk memperoleh anak atau keturunan serta  menjaga diri daripada melakukan perkara haram, seperti berzina dan sebagainya.

Perkahwinan campuran adalah perkahwinan antara antara agama, iaitu antara lelaki atau wanita Muslim dengan wanita/lelaki yang bukan Muslim. Perkahwinan antara agama inilah yang disebut “perkahwinan campuran”.

Apakah hukum bagi perkahwinan campur?

Wanita Muslim tidak halal berkahwin dengan lelaki bukan Muslim kerana kedudukan lelaki di dalam rumahtangga adalah sebagai pemimpin atau pun ketua keluarganya dan isteri diwajibkan taat kepada suaminya. Seorang kafir atau musryik tidak boleh menjadi pemimpin dan menguasai wanita Muslim.

Perkahwinan campur kerana berbeza agama ini tetap hangat diperkatakan kerana ia berkaitan dengan akidah dan hukum. Tambahan pulaperbezaan  tersebut banyak mengundang masalah daripada segi agama itu sendiri, mahupun aspek psikologi, budaya, moral dan tradisi keagamaan.

Sudah pastilah terdapat pelbagai rintangan, terutama daripada kedua belah pihak keluarga masing-masing.  Masyarakat Cina adalah antara kaum yang selalu mengamalkan kahwin campur. Terdapat pelbagai manafaat daripada kahwin campur ini, antaranya;

1.  Merapatkan Hubungan Silaturahim

Antara salah satu hikmah kahwin campur ialah ia dapat merapatkan hubungan silaturahim antara berlainan bangsa.Sebelum ini, mungkin anda tidak mempunyai kenalan atau rakan rapat daripada berlainan bangsa. Namun, apabila anda atau ahli keluarga anda sudah berkahwin dengan berlainan bangsa, ia akan merapatkan ukhwah antara anda dan keluarga pasangan anda.

Hubungan yang sebelum ini mungkin renggang pasti akan menjadi lebih erat. Mungkin pasangan anda juga berasal dari luar negara, pasti akan merapatkan hubungan keluarga di antara dua buah negara.

 

Baca Juga: Bajet Kahwin

 

2.  Mempelajari Budaya Bangsa Lain

Jika sebelum ini, anda mungkin ‘tepu’ kerana langsung tidak mengetahui atau langsung tidak ada ingin tahu tentang budaya bangsa lain yang terdapat di muka bumi ini.

Melalui kahwin campur ia akan menambahkan ilmu anda tentang bagaimana budaya kaum lain. Budaya yang dimaksudkan di sini ialah cara pemakanan, gaya hidup, pemakaian, perayaan, cara pergaulan dan pelbagai lagi aspek yang melambangkan budaya hidup sesuatu kaum itu.

 

3.  Mengukuhkan Ajaran Islam

Hikmah lain untuk kahwin campur ialah ia menguatkan lagi ajaran Islam di mata dunia. Perkahwinan campur juga sebenarnya mengukuhkan lagi agama Islam secara langsung dan tidak langsung.

Islam tidak melarang mana-mana umatnya untuk kahwin campur atau berkahwin dengan berlainanan agama, tetapi dengan syarat, pasangan bukan Islam yang hendak berkahwin dengan orang Islam hendaklah memeluk agama Islam terlebih dahulu.

Ia menunjukkan bahawa Islam amat tegas dengan pendirian kepada mana-mana bukan Islam tidak boleh berkahwin dengan orang Islam (terutama wanita) dengan sewenang-wenangnya sahaja.

Apabila anda berkahwin dengan pasangan yang baru memeluk Islam (mualaf), ia akan membuatkan bilangan masyarakat Islam di dunia bertambah banyak. Ia juga mungkin akan menarik keluarga pada pasangan yang belum memeluk Islam tadi untuk memeluk Islam kerana terpaut dengan keindahan Islam.

 

Baca Juga: 6 Punca Perempuan Kahwin Lambat

 

4.  Menghasilkan Baka yang Baik

Kahwin campur juga dikenali kerana selalunya pasti anak daripada pasangan kahwin campur ini comel-comel dan cantik belaka.

Ia mungkin disebabkan campuran gen di antara ibu dan ayah yang berlainan bangsa menghasilkan gen yang lebih baik bakanya.

Jika tidak percaya, lihat pada artis terkenal seperti Emma Maembong, Sofia Jane, Diana Danielle dan lain-lain yang berdarah kacukan. Cantik, bukan?

 

5.  Anak Menjadi Lebih Pintar

Apa yang sering kita lihat di depan mata kita apabila seseorang itu melangsungkan perkahwinan campur, kebanyakan anak mereka adalah insan yang pintar.

Beberapa pemerhatian juga bersetuju bahawa anak yang dikandung hasil daripada perkahwinan campur ialah baik daripada  fizikal dan mental, dengan syarat bakal pasangan tidak mempunyai masalah keturunan.

Sungguhpun perkahwinan sangat penting dalam kehidupan kita, namun kita harus bijak memilih demi keharmonian untuk membentuk sebuah keluarga yang kekal bahagia. Berdoalah supaya anda diberikan jodoh yang baik, tidak kiralah dengan orang tempatan mahupun warga ‘import’!

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Jom kenal pasti kenapa berlakunya punca kawin lari ini, klik sini untuk halaman berikutnya..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Semak, 7 Benda Paling Banyak Kuman!

Next post

5 Tips Pilih Pelembab Wajah Yang Sesuai Buat Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. March 5, 2016 at 10:16 pm — Reply

    Ibu bapa Emma Maembong, Sofia Jane tu semua kahwin dengan org putih. Bagi la contoh2 yg tak racist skit. Kahwin campur bukan dgn mat salleh je.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *