FamiliPerkahwinan

4 Alasan ‘Best’ Kahwin Awal

kahwin awal - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Kahwin Awal.Anda masih solo dan sering sakit-sakit ataupun tidak sihat? Kena kahwin cepat nie!

Berkahwin merupakan perkara yang sangat digalakkan oleh agama. Banyak manfaat yang diperoleh daripada perkahwinan tersebut. Bahkan, melaksanakan perkahwinan itu juga bermakna anda telah menjalankan perintah Allah s.w.t. Bagi pasangan muda, perkahwinan adalah proses kedewasaan yang luar biasa.

Biarpun begitu banyak rintangan yang menanti pasangan muda, namun jika anda sudah bersiap sedia dan  mampu, segala rintangan tersebut dapat diatasi dengan mudah. Selain itu, apa yang menariknya menurut sebuah kajian, orang yang berkahwin ternyata berpeluang untuk hidup lebih lama dan jadi lebih sihat jika dibandingkan dengan mereka yang hidup sepi sendirian. Di samping itu ada beberapa manfaat lain daripada perkahwinan yang boleh membuatkan hidup anda menjadi  lebih sihat dan penuh makna.

 

Antara Manfaat Kahwin Awal;

1. Mendorong Anda Bersikap Baik

Ketika berkahwin, mahu tidak mahu anda akan perlu bersikap lebih baik. Orang yang sudah berkahwin sudah pasti tidak boleh bersikap seperti orang bujang yang relatifnya lebih bebas melakukan segala perkara yang disukai. Salah satunya perkara yang berisiko seperti merokok, mengambil minuman keras ataupun ubat-ubatan terlarang. Jika sudah berkahwin, kebiasaaan tersebut tentu sahaja harus dilupuskan sama sekali atau dilupakan. Anda perlu membuat pasangan hidup anda berasa lebih selasa dan bermakna buat dirinya.

2. Mengurangkan Risiko Terkena Depresi

Biasanya penyebab depresi adalah kerana anda merasakan hidup ini hanya anda sendiri serta keadaan persekitaran hidup anda. Dengan berkahwin, anda sudah memiliki teman hidup dan pasangan anda itu merupakan sumber kekuatan dan sokongan yang boleh membantu anda pada saat sedih ataupun ada masalah. Berbahagi cerita serta berkongsi rasa serta mendapatkan sokongan membuatkan risiko anda terkena serangan depresi berkurangan.

3. Membuat Kedudukan Kewangan Lebih Mantap

Disebabkan masalah kewangan ramai yang mengalami keadaan stress. Tanpa disedari ia bakal mengundang pelbagai masalah kesihatan hanya kerana disebabkan oleh kedudukan kewangan yang tidak stabil. Dengan berkahwin, anda akan memiliki plan kewangan yang lebih jelas dan terarah. Selain itu, anda dan pasangan juga boleh lebih berjimat cermat soal pengeluaran kerana saling berkongsi, terutama jika kedua-duanya sama-sama bekerja dan memiliki pendapatan. Jika kedudukan kewangan tidak stabil atau sedang bermasalah, anda dan pasangan boleh saling menyokong di antara satu sama lain.

4. Membantu Menjalani Pola Hidup Lebih Sihat

Pasangan yang sudah berkahwin, biasanya lebih mengambil berat di antara satu sama lain dan sangat mempengaruhi gaya hidup sihat. Bahkan, soal apa yang dimakan ataupun diminum juga masing-masing akan ambil tahu. Baik anda ataupun si dia akan cuba mempertahankan kebiasaan yang sihat. Orang yang sudah berkahwin dan bahagia juga cenderung mematuhi saranan ataupun nasihat yang telah diberikan oleh pakar perubatan.

 

Take Note!

4 Alasan Lelaki Ingin Kahwin Awal @ Cepat

*  Tidak Mahu Terlalu Lambat Menjadi Ketua Keluarga

Jika wanita mengalami dilema untuk berkahwin, begitu dengan lelaki. Biasanya wanita takut dengan kemampuannya untuk hamil pada usia tua, manakala kaum lelaki pula takut mereka terlalu tua untuk menjadi ketua keluarga.

 

* Perlukan Teman Pendamping

Dalam mengharungi kehidupan, kaum lelaki amat memerlukan seorang teman pendamping. Ada perkara yang tidak boleh dilakukan sendiri oleh lelaki, terutama yang berkaitan dengan penjagaan diri. Selain itu, lelaki juga memerlukan seseorang yang mampu memberikan semangat dalam hidupnya. Anda harus tahu, disebaik gaya macho dan ego seorang lelaki, mereka itu tetap mempunyai kelembutan hati.

 

Baca Juga: 4 Rahsia Tapak Tangan Lelaki

 

* Menyambung Keturunan

Kaum lelaki yang ingin cepat berkahwin menganggap anak merupakan pelaburan hidup yang boleh meneruskan sifat-sifat baik dan menjadi kebanggaan mereka. Oleh sebab itu, mereka ingin cepat berkahwin agar boleh meneruskan apa yang dimiliki.

 

Baca Juga: Sperma Sihat

 

*  Hubungan Seksual

Anda harus tahu, lelaki mempunyai dorongan yang kuat berkaitan seks. Oleh sebab itulah lelaki biasanya lebih memilih untuk cepat berkahwin dengan pasangannya untuk menghindari sebarang perilaku yang tidak baik.

 

Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini.

<<< Si dia yang kamu sayangi adalah lelaki curang? Sejauh mana kebenaran tersebut, klik di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Warna Lipstik Paling Sesuai Buat Anda Yang Mempunyai Bibir Hitam

Next post

5 Makanan Bantu Bakar Lemak Terkumpul

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *