FamiliPerkahwinan

8 Panduan Buat Ibu Mengandung Berpuasa

Ibu Mengandung Boleh Berpuasa, Tapi Mesti Kena Caranya. Baca Tipsnya Di sini - woman online magazine

Kredit : mises

Ibu Mengandung. Ramai ibu mengandung yang berasa cemas dan bimbang ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Kebimbangan itu secara tak langsung boleh menganggu kesihatan ibu mengandung serta pertumbuhan janin yang dikandungnya.Sebenarnya ibu mengandung boleh berpuasa, tetapi mestilah dengan cara yang betul dan keadaan kesihatan ibu mengandung serta janinnya berada dalam keadaan yang baik.

Malahan, dengan berpuasa juga akan memberikan banyak manfaat bagi kesihatan ibu mengandung itu sendiri.Bagi ibu mengandung yang ingin berpuasa, anda perlu memilih makanan yang berzat ketika bersahur dan berbuka puasa.

 

Berikut beberapa panduan buat ibu mengandung yang ingin berpuasa:

1. Ketika bersahur, pilihlah makanan yang mengandungi protein dan lemak dalam jumlah yang mencukupi. Kedua zat ini mampu menolong ibu mengandung yang sedang berpuasa kerana makanan yang memiliki zat tersebut mampu bertahan lebih lama untuk dihadamkan sehingga memperlambatkan rasa lapar pada siang hari.

2. Ketika bersahur juga ibu yang sedang mengandung disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan kandungan vitamin C dan mineral zink. Perkara ini perlu untuk menjaga kesihatan tubuh.

 

Baca Juga: Kebaikan Vitamin C

 

3. Pengambilan daging juga digalakan bagi ibu mengandung kerana ia mempunyai kandungan kalori dan protein yang sangat tinggi dan boleh disimpan oleh tubuh dalam waktu yang cukup lama.

4. Untuk mencegah tubuh cepat letih, maka ibu mengandung dinasihatkan tidak memakan makanan yang manis sebagai menu bersahur.

5. Sebelum waktu sahur berakhir,ibu mengandung wajar minum air putih sebanyak-banyaknya, atau cuba usahakan minum dua liter air putih sehari.

6. Untuk mencegah ibu mengandung daripada diserang anemia selama berpuasa, minumlah segelas susu panas setiapkali anda bersahur.

7. Ibu mengandung perlu dapatkan rehat yang mencukupi ketika berpuasa. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda mengeluarkan energi ekstra. Di samping itu, ibu mengandung perlu menghindari rasa stress dan ingin marah atau memberontak.

 

Baca Juga: Tips Kawal Marah

 

8. Ketika berbuka puasa, ibu mengandung juga dinasihatkan agar tidak mengambil minuman sejuk. Sebaliknya minum air panas suam dan manis untuk meningkatkan kadar gula darah meskipun anda perlu mengawal pemakanan dan minuman yang manis.
Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui pantang larang pemakanan buat ibu hamil di sini.

 

 

 

Previous post

Mesti Baca! Baik Buruk Kahwin Usia Muda

Next post

8 Jenis Makanan Yang Menggemukkan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *