FamiliPerkahwinan

Hantaran Pertunangan Perlu Ada Sentuhan Kreatif. Barulah ‘Cun’!

Hantaran Pertunangan - women online magazine

Semua orang pasti menanti momen-momen penting dalam hidup, contohnya hari pertunangan. Ketahui tips menggubah hantaran di sini.

Persiapan majlis pertunangan atau merisik, pasti ada banyak perkara yang perlu dibuat. Misalnya, hantaran pertunangan.   Ia sangat penting dan hantaran pertunangan ini merupakan simbol penghormatan kepada bakal tunang dan juga keluarganya.

Sama seperti hantaran kahwin, hantaran pertunangan juga merupakan perkara yang penting. Hantaran pertunangan tersebut biasanya merangkumi pelbagai jenis barang.

Ketika keluarga pihak lelaki datang meminang ke rumah anda, tentu sahaja kedatangan mereka bukan dengan tangan kosong. Ada beberapa hantaran yang akan diserahkan kepada pihak anda (sebelah wanita) sebagai tanda pengikat atau sokongan untuk melaksanakan perkahwinan yang bakal menyusul nanti.

Mengikut adat Melayu, barangan hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil.

Secara umumnya, hantaran pertunangan yang dibawa oleh pihak lelaki adalah wang hantaran, perhiasan, kelengkapan wanita seperti kain pasang, kasut, beg tangan dan sebagainya. Manakala barangan daripada pihak perempuan hendaklah lebih sedikit daripada pihak lelaki.

Untuk menjadikan hari tersebut menjadi lebih indah dan bermakna, bukan setakat ‘isi’ hantaran pertunangan sahaja anda perlu ambil kisah. Malahan,  soal menghias atau mencantikkannya juga perlu anda perhatikan.

Pada zaman sekarang, kelengkapan hantaran pertunangan boleh tampil dengan lebih kreatif.  Lebih beruntung jika anda pandai untuk mengubahnya sendiri.

Jika kurang kreatif atau anda memang tidak pandai untuk mengubah barang-barang hantaran tersebut, jangan susah hati. Tempah saja!

Terdapat ramai yang menyediakan khidmat tempahan koleksi gubahan hantaran pertunangan yang cantik, ‘sweet’ ataupun nampak ‘exclusive’. Pilih dan sediakan RM, tapi pastikan ia tidak berlebihan daripada bajet anda.

Hantaran Pertunangan - women online magazine (2)

Hantaran Pertunangan - women online magazine (4)

Hantaran Pertunangan - women online magazine (3)

Info Ekstra!

Tips Untuk Menggubah Hantaran Pertunangan

1. Fokuslah pada isi hantaran, bukan pada aksesori yang menyokongnya. Terlalu banyak aksesori akan membuatkan anda jadi kurang peka terhadap hantaran yang hendak dibawa.

2. Gunakan reben dengan beberapa jenis, warna dan saiz untuk memberikan ‘gaya’ yang lebih menarik. Pastikan reben yang dipilih tidak terlalu ‘berat’.

3. Sesuaikan bentuk dan saiz dulang hantaran dengan ‘isi’ nya. Jika ada ruang kosong pada dulang hantaran, hiaslah dengan aksesori secukupnya. Sesuaikan dengan tema hantaran yang telah anda pilih.

4. Gunakan plastik pembalut yang tahan dan kemas ketika membungkus hantaran.  Plastik nipis bermotif yang digayakan boleh mencipta hantaran pertunangan yang lebih indah.

5. Buatlah hantaran yang kreatif. Pelbagai jenis hantaan yang cantik tentunya akan membuatkan para tetamu dan keluarga kedua-dua belah pihak berasa kagum.

Kredit foto: sister3studiowedding

<< Dapatkan tips yang dapat membantu anda mencari hijab yang sesuai untuk gaun pengantin Muslimah di sini..

Previous post

Taman Minimalis, Cukup Untuk Kediaman Yang Tak Luas

Next post

Pentingnya Buat Ujian Darah. Baru Tahu, Kita Sihat @ Tidak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. September 13, 2014 at 9:32 pm — Reply

    Good info!…
    Tapi my wedding dulu takde hantaran pun… buat majlis simple jer…

Leave a Reply to Hasnieda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *