FamiliPerkahwinan

5 Tips Pilih Gaun Pengantin Muslimah

Gaun Pengantin Muslimah - WOMEN ONLINE MAGAZINE

Foto: Sekadar Hiasan

Gaun Pengantin Muslimah. Sudah pasti ‘hari nikah’ adalah momen paling indah seumur hidup anda.

Sudah pasti juga anda mahu tampil serba sempurna. Tampil berhijab dengan gaun pengantin Muslimah tetap boleh membuatkan anda kelihatan sempurna. Tapi, semua itu bergantung pada anda untuk memilih hijab yang sesuai digayakan dengan gaun pengantin Muslimah  yang telah anda pilih.

 

Di harap beberapa tips di bawah ini dapat membantu anda mencari hijab yang sesuai untuk gaun pengantin Muslimah tersebut.

1. Jangan Pilih Yang Terlalu ‘Over”

Ketika anda memilih hijab atau tudung, pastikan anda tidak memilih hijab yang membuatkan penampilan anda nampak ‘over’ atau terlalu berlebiihan. Misalnya, jika gaun pengantin Muslimah yang telah anda pilih itu mempunyai banyak aksesori atau hiasan kain yang berkedut-kedut atau beropol-ropol, pastikan anda memilih hijab dengan aksesori yang tidak terlalu ‘berat’.

 

Baca Juga: Jubah Pengantin Musimah

 

2. Pastika Warnanya Sesuai Dengan Warna Kulit Anda

Warna hijab yang digayakan akan kelihatan cantik atau sesuai apabila ia serasi dengan warna kulit anda. Bagi anda yang berkulit cerah atau putih, anda boleh memilih hijab dengan sentuhan warna kuning, oren, merah dan coklat. Manakala bagi anda yang berkulit kunig langsat , anda boleh menggunakan hijab dengan sentuhan warna hijau atau biru. Bagi yang berkulit sawo matang, anda disarankan memilih hijab dengan sentuhan warna ungu gelap atau warna peach.

 

3. Hijab Harus Kena Dengan Warna Gaun Pengantin Muslimah

Warna hijab dan gaun pengantin Muslimah perlu memiliki satu sentuhan warna yang sama atau serupa. Contohnya, jika gaun pengantin anda warna putih krim. Anda boleh memilih hijab dengan warna peach.

 

Baca Juga: 6 Baju Idea Nikah Muslimah

 

4. Pastikan Warnanya Juga Sesuai Dengan Warna Mata

Hijab dengan sentuhan warna biru, hijau kebiruan atau unggu sesuai buat anda yang bermata coklat. Jika adan memakai ‘soft lens’ anda boleh menyesuaikan warna hijab dengan warna ‘soft lens’ anda.

 

5. Jangan Guna Terlalu Banyak Lapisan Hijab

Hijab untuk gaun pengantin Muslimah tidak semestinya nampak terlalu mewah untuk dipadu padankan beberapa hijab menjadi satu. Apa yang paling penting, hijab yang anda gayakan bersama gaun pengantin Muslimah tersebut selesa dipakai dan membuatkan bahagian rambut dan dada anda tertutup dengan sempurna.

 

<< Jom dapatkan tip perkahwinan yang tidak membosankan di sini.. 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Makanan Pahit Terbaik Untuk Kesihatan Wanita

Next post

4 Peralatan Memasak Paling Penting

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *