FamiliPermata Hati

Badan Anak Anda Berbau? Tolong Ambil Tahu Cara Untuk Mengatasinya!

cara menghilangkan bau badan - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Masalah bau badan ada kalanya memang terjadi pada sebahagian kanak-kanak.

Bagi sebahagian ibubapa, ada yang berasa bimbang dan tertanya-tanya wajarkan masalah bau badan ini terjadi pada anak mereka.

Bagaimana cara menghilangkan bau badan anak anda?

Penyebab utama masalah bau badan ini, sama seperti orang dewasa juga iaitu disebabkan oleh peluh dan bakteria.

Sudah pasti anak-anak anda yang bersekolah tu, tak duduk diam. Ada yang berlari-lari, melompat-lompat atau melakukan apa sahaja aktiviti yang membuatkannya berpeluh dan mengundang pembiakan bakteria.  Perkara inilah yang menyebabkan badan anak anda berbau.

Sebenarnya masalah bau badan pada anak anda ini adalah normal, asalkan tidak berlebihan. Anak yang berusia enam hingga 12 tahun akan mengalami proses pembesaran dan hormone mereka juga berubah.

Jadi, anda tidak perlu bimbang. Apa yang perlu anda lakukan sebaiknya selalu mengingatkan anak anda untuk menjaga kebersihan tubuh badannya.

Cara Menghilangkan Bau Badan

Berikut beberapa cara untuk menghilangkan bau badan:

1.Ajar anak anda untuk mandi dua kali sehari, pagi dan petang hari.

2.Setelah mandi, pastikan anak mengelap kering seluruh badannya dan mengganti bajunya dengan baju yang bersih.

3.Ganti tuala, selimut, sarung bantal dan cadarnya secara rutin, seminggu sekali.

4. Hindari pengambilan makanan yang boleh mengundang bau badan seperti bawang putih, bawang merah dan sebagainya.

5. Jangan lupa ajar anak anda menggunakan deodorant atau minyak wangi agar badannya selalu berbau wangi. Pilih produk yang berlabel natural, diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat buat anak-anak.

Pilih deodorant yang tidak mengandungi antiperspirant  kerana ia boleh menghalang pengeluaran peluh, sedangkan ia diperlukan oleh anak untuk menyejukkan suhu tubuhnya ketika dia banyak bergerak.

Badan Anak Mula Berbau Sebagai Tanda Baligh?

Anak yang memasuki usia lapan atau sembilan tahun akan menempuh alam baligh.

Pada masa ini, hormon-hormonnya sudah mula berubah. Pelbagai perubahan akan terjadi pada masa ini termasuk perubahan bau badannya.

Ini adalah perkara yang normal kerana tubuh sedang mengalami perubahan.

Kredit foto kepada hosuronline

 << BAHAYA kanak-kanak pun boleh ketagih merokok.

Previous post

Jangan Buat Tak Tahu, Ancaman Penyakit Kelamin Ini Boleh Menyerang Anda!

Next post

Macam Mana Nak Kira Kitaran Haid Yang Betul?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *