Cara Mengesan Gigi Anak Anda Yang Sudah Mula Rosak Serta Tips Mencegahnya
Foto: dentist-orlandof
Anak-anak lebih mudah mengalami kerosakan gigi. Ini adalah kerana lapisan pelindung giginya lebih nipis.
Anda perlu lebih peka dengan tanda-tanda kerosakan gigi pada anak anda sejak kecil lagi. Berikut beberapa jenis dan cara untuk anda mengenal pasti atau mengesan giginya yang sudah mula rosak.
Kerosakan gigi pada anak boleh dikesan melalui bau mulutnya. Gigi yang sudah mulai rosak akan ditandai dengan bau mulut anak yang kurang sedap dan ditandai dengan kemunculan aktiviti bakteria pada rongga mulut dan boleh sahaja menyerang lapisan gusi.
Kerak atau timbulnya plak pada permukaan gigi dapat dikesan dengan timbulnya gigi yang berwarna kekuningan atau kecoklatan. Kerak pada gigi ini boleh terjadi kerana anda kurang bersih memberus gigi sehingga sisa-sisa makanan masih melekat pada gusi ataupun di antara celahan gigi.
Muncul Rasa Ngilu
Ngilu pada gigi dan gusi yang lebih menjurus kepada sakit gigi, merupakan suatu pertanda nyata bahawa telah terjadi kerosakan pada gigi atau gusi dalam kedaan yang sudah parah. Kemungkinan doktor gigi akan mengambil tindakan menampal gigi apabila gigi sudah tidak terasa sakit lagi. Sekiranya keadaan tersebut dirasakan tidak sesuai, berkemungkinan gigi yang rosak perlu dicabut agar ia tidak melarat serta menimbulkan jangkitan atau infeksi pada organ vital seperti otak dan jantung.
Tips Mencegah Gigi Anak Rosak
Gigi susu menentukan gigi dewasa yang sihat. Jadi,bantulah anak anda merawat gigi susunya supaya terhindar daripada kerosakan gigi. Berikut adalah cara untuk menjaga kesihatan gigi serta mencegah gigi rosak:
- Hidangkan makanan manis bersama dengan makan rutin dan jangan dijadikannya sebagai kudapan. Sekiranya anda mahu memberikannya makanan manis, hidangkan sebagai makanan penutup setelah makan utama. Setelah itu, pastikan anak membersihkan gigi dengan cara menggosok gigi ataupun berkumur.
- Hindari minuman bersoda atau jus buah dalam tin yang mengandungi asid. Air putih dan susu adalah minuman yang boleh diberikan di antara waktu makan.
- Biasakan anak anda makan beberapa jenis kudapan dengan cepat .Seberapa cepat anak anda menikmati kudapan itu lebih penting daripada berapa banyak kudapan yang dimakannya. Jarak antara menikmati kudapan tersebut membuatkan air liur mampu membersihkan gigi dari partikel dan bakteria yang mengganggu.
- Berikan anak anda makanan bebas gula.Hindari memberikan susu pada anak menjelang waktu tidurnya, atau memberikannya susu dalam botol untuk memudahkannya tidur.
- Latih anak anda minum air putih. Air akan menghilangkan partikel makanan daripada celahan gigi.
- Jika anak anda gemar mengunyah gula-gula getah tanpa kandungan gula atau yang mampu mengurangkan bakteria jahat di mulut.
- Anak anda yang berusia 20–24 bulan, biasanya sudah pandai meludah. Gunakan ubat gigi yang mengandung fluoride untuk menjaga gigi dari kerosakan. Berus dan bersihkan celahan gigi anak anda dengan benang gigi atau ‘dental floss’ setiap hari. Beruslah gigi, dua kali sehari dengan menggunakan ubat gigi.
- Bawa anak membuat pemeriksaan gigi secara rutin, setiap 6 bulan sekali, bermula usianya setahun. Rutin ke doktor gigi boleh mengesan lebih awal masalah kerosakan gigi ini.
<< Ketahui 6 trik mudah supaya anak anda rajin menggosok gigi di sini.
No Comment