FamiliPermata Hati

5 Cara Mendidik Anak Yang Nakal

cara efektif mendidik anak - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Cara Mendidik Anak Nakal. Peranan ibubapa dalam mendidik anak pada masa kini sangat mencabar. Jadi, anda perlu tahu cara mendidik anak nakal yang tepat.

Tanggungjawab tersebut tidak mudah, apatah lagi berkaitan dengan cara mendisiplinkan anak-anak.  Sangat bertuah dan bersyukur sekiranya nasib kita baik, punya anak yang sentiasa mendengar kata dan memahami kehendak kita sebagai orang tua mereka.

Berhadapan dengan sikap dan juga tingkah laku anak-anak sememangnya memerlukan kesabaran ekstra.  Sebagai ibubapa, anda perlu bersikap fleksibel, dan dalam waktu yang sama juga harus bersikap tegas.

Di samping itu, anda dan pasangan juga perlu konsisten dalam menerapkan peraturan ataupun undang-undang yang pernah dibuat. Sungguhpun begitu, anda suami-isteri  perlu mendidik mereka dengan cara yang betul supaya anak-anak dapat membesar menjadi anak yang berdisiplin.

 

Berikut ada beberapa tips yang boleh anda praktik atau cuba untuk mendisiplinkan anak nakal:

1.  Cuba Tetapkan Peraturan

Buatlah beberapa peraturan penting dan batasan tertentu pada anak-anda. Tetapi, jangan terlalu keras.  Mungkin anda boleh menerapkan peraturan sederhana ini, seperti waktu untuk makan malam, belajar, tidur dan bermain. Ia amat berpengaruh untuk membuatkan mereka memahami nilai waktu.

 

Baca Juga: Anak Hiperaktif

 

2. Terapkan Contoh Yang Baik

Anak-anak akan belajar daripada orang tua mereka. Jadi, cara, sikap dan juga tingkah laku anda bersama pasangan menjadi ‘cermin’ buat anak-anak sepanjang mereka membesar.

Jika kalian menampilkan perilaku yang baik di depan mereka, maka mereka akan mempelajari hal yang sama juga. Ajarkan mereka untuk berkelakuan baik, ikhlas dan jujur. Sikap mulia ini sangat berguna dalam mendisiplinkan anak-anak.

 

3.  Kawal Rasa Marah

Perkara ini penting dan anda harus mengawal perasaan marah itu dengan sebaik mungkin. Ramai ibubapa yang hanya memarahi anak-anak tanpa memberikan penjelasan mengapa mereka dimarahi.

Pastikan anda tidak berteriak atau membentak anak-anak di khalayak ramai sekalipun pada saat itu api kemarahan anda sedang melonjak naik.  Gunakan bahasa tubuh untuk menyampai bahawa anda sedang marah dengan mereka, dan ia jauh lebih dapat diterima daripada anda membuat kecoh di depan umum.  Anda harus tahu, semakin keras anda menjerit, semakin keras juga anak anda akan membalasnya!

 

4. Berikan ‘Reward’

Berikan reward pada anak untuk perilaku yang baik yang telah dilakukan dengan sebuah pujian, kata-kata yang baik ataupun senyuman.

Sebuah penghargaan cukup bermakna buat mereka, bahkan secara semulajadi mereka akan cuba untuk tetap lebih berdisiplin dalam hidup.

Biarlah penghargaan dan hukuman yang dikenakan (jika mereka bersikap tidak baik)  itu seimbang serta sesuai dengan perilaku yang telah mereka pamerkan.

 

5. Berikan anak tanggungjawab

Terlalu memanjakan anak bukanlah suatu perkara yang baik. Mereka juga harus diajarkan tentang tanggungjwab. Bukan hanya kerana anda mempunyai pembantu rumah dan sebagainya, jadi semua pekerjaan tidak boleh dilakukan anak-anak termasuk mengemas mainan ataupun buku-bukunya.

Cuba berikan anak tanggungjawab, kerana perkara ini akan membuatkan mereka berasa dewasa dan secara tidak langsung membentuk keyakinan serta membantu mereka untuk lebih berdisiplin.

 

Baca Juga: Melatih Bayi Berenang

 

Semoga artikel ini berguna. Ingat ya, mendisiplinkan anak tidak seharusnya dilakukan dengan kekerasan. Sebaliknya, gunakan pendekatan yang menyenangkan dan positif supaya dapat mencipta perilaku anak yang baik.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE ya!

<< Nak tahu kenapa bayi susah tidur malam, klik sini untuk maklumat lanjut.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Semak 4 Kesilapan Besar Dalam Memilih Pasangan Hidup

Next post

5 Tips Ketika Hamil Untuk Dapatkan Berat Badan Ideal

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. June 11, 2014 at 12:06 pm — Reply

    […] tetapkan giliran untuk merasa juadah kegemaran tersebut. Tidak rugi pun menunggu kerana ianya mengajar erti bersabar selari dengan kehendak bulan mulia […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *