FamiliPermata Hati

4 Cara Kurangkan Rasa Marah Anda Bila Anak Degil

Cara kurangkan Marah Pada Anak Degil-Women Online Magazine

Anak degil.Membuat anda supaya mendengar kata-kata anda dan pasangan sememangnya tidak mudah.

Namun, ada beberapa cara yang boleh anda dan si dia praktikkan agar anak mahu mendengarnya. Tapi sebelum itu, jom ketahui cara kurangkan marah pada anak degil.

Pengalaman menjadi seorang ibu bapa bukanlah mudah untuk mendidik dan juga menjaga anak. Kadang-kala kanak-kanak sering degil kerana ingin mencuba apa saja yang dilihat di kawasan persekitaran. Kadang-kadang anak degil juga tidak mendengar kata membuatkan ibu bapa hilang sabar.

Lazimnya, ibu bapa akan membuat memek muka yang menakutkan si anak. Tahukah kamu ia menjejaskan perkembangan emosi dan mental kanak-kanak. Justeru, ibu bapa harus memberi lebih tumpuan dan kasih sayang kepada mereka.

Jom Ketahui Cara Untuk Kurangkan Rasa Marah Anda Pada Anak Degil:

1. Berfikir Dahulu Sebelum Memarahi Anak 

  • Sebelum memarahi anak fikirkan jika anda dimarahi sedemikian. Fikirkan secara rasional, anda juga tidak mahu dimarahi.
  • Memberi nasihat kepada mereka jangan diulangi kesilapan itu. Buatkan mereka faham perkara yang dibuat itu adalah salah, berdosa atau sebagainya.

Baca Juga: Cara Tundukan Lelaki Panas Baran

2. Mendidik anak dengan cara yang betul

  • Didik anak anda secara lemah lembut, gunakan ‘eye contact’ pandangan mata ketika berkomunikasi.
  • Didik anak anda dengan rasa sayang melalui tindakan mimik muka, barulah anak merasai kehadiran anda dan bukan sebaliknya.
  • Didik anak dengan kata-kata positif, jangan membezakan anak anda dengan orang lain. Ini kerana keyakinan mereka akan merundum.

Baca Juga:Cara Didik Anak Yang Tepat

3. Memberikan Tumpuan Kepada Anak

  • Berikan tumpuan terhadap kelebihan si anak, jangan cepat melenting jika mereka tidak memahami perkara itu. Sebaliknya, ajari mereka agar boleh lakukan.
  • Si anak juga mempunyai kehendak, keinginan serta permikiran mereka sendiri. Anda cuma tumpukan perhatian dan membimbing ke arah yang betul.

Baca Juga: Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Cemerlang

 

4. Elak dari Mengeluarkan Kata-Kata Negatif

  • Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif kepada anak anda. Ini akan membuatkan dirinya berasa tidak di sayangi dan akan cenderung kepada pembesaran budaya negatif pada masa hadapan.
  • Jangan mengutuk atau menjatuhkan maruahnya di depan ahli keluarga, kawan-kawan atau sanak saudara.
  • Banyakkan membaca ayat Al-Quran, ini kerana ayat Al-Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda.

Baca Juga: Ciri-Ciri Keluarga Bahagia

Nota Kaki:  jika ibu bapa pandai mendidik jati diri anak dengan baik, nescaya anak juga akan menjadi seorang insan yang berguna pada masa hadapan. Dengan itu, usahlah mengajar anak dengan cara yang marah kerana akan memberi kesan yang buruk pada mereka di masa hadapan. SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.

<< Dapatkan tips dan petua anak bijak menulis di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

10 Khasiat Daun Salam Untuk Kesihatan Tubuh

Next post

Resepi Bubur Jagung Manis

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. June 11, 2014 at 12:02 pm — Reply

    […] lembut yang boleh digunakan terlebih dahulu ialah cakap elok-elok bersemuka sambil lepak tengok tv bercerita kenapa dia harus puasa dan apa akan dia dapat kalau berpuasa dengan betul. Ada ibu bapa […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *