FamiliPermata Hati

Ketahui Penyebab Anak Anda Kerap Terkencing Di Malam Hari

Kencing Malam - Women Online Magazine

Foto: tbo

Kencing malam atau terma perubatannya Enuresis adalah satu keadaan di mana kanak-kanak kencing tanpa sedar semasa tidur. Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam selepas umur 5 atau 6 tahun.

Menurut kajian, 10%-15% daripada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masalah dalam sistem buah pinggang.Kajian di Malaysia menunjukkan masih terdapat lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7 hingga12 tahun masih lagi kencing malam.

Penyebab Kerap Kencing Malam

  • Ruang pundi kencing yang kecil.
  • Gangguan tidur.
  • Kebanyakkan pesakit yang kencing malam dikatakan tidur terlalu nyenyak. Walau bagaimapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.
  • Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur. Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.

Komplikasi Akibat Kencing Malam

  • Boleh mengakibatkan perasaan rendah diri dikalangan kanak-kanak.
  • Perasaan itu sendiri boleh menyebabkan faktor risiko untuk masalah psikitrik.
  • Menyebabkan masalah sosial.
  • Tekanan dalam keluarga.

Rawatan & Cara Atasi

  • Ubat membantu anak anda kekal kering semasa tidur, dapatkan bantuan doktor mengenai perkara ini.
  • Jangan salahkan anak anda. Bercakap tentang perkara ini secara terbuka dengan anak anda.
  • Kawal pengambilan minuman di waktu petang dan malam.
  • Bangunkan anak anda di tengah malam untuk kencing, ini boleh mengelak kencing malam tetapi tidak boleh menyembuhkan enuresis.
  • Gunakan lapik tilam yang kalis air.

<< Ketahui kebaikan pemakaian bedung untuk bayi anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Petua Licinkan Kulit Muka Tanpa Kesan Sampingan

Next post

Lebih Awet Muda Dengan Khasiat Jambu Batu

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *