FamiliPerkahwinan

8 Idea Kreatif ‘Souvenir’ Perkahwinan Anda

cenderahati perkahwinan - women online magazine

Kalau dahulu para tetamu yang hadir ke sesebuah majlis perkahwinan hanya diberikan bunga telur atau telur rebus sahaja,tetapi kini lebih meriah.

Seperti sudah menjadi trend di setiap majlis perkahwinan  pelbagai cenderahati perkahwinan diberikan kepada tetamu yang hadiri. Memberikan cenderahati perkahwinan tersebut bukanlah perkara yang wajib. Tujuan memberikan cenderahati perkahwinan tersebut  adalah sekadar untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada para tetamu yang sudi datang meraikan kedua mempelai. Namun, majlis tersebut seakan-akan tidak lengkap pula tanpa kehadiran cenderahati perkahwinan.

Apakah cenderahati perkahwinan yang sesuai buat majlis perkahwinan anda? Mari semak idea daripada WOM.my

1. Gula-Gula Di Dalam Bekas

Cenderahati perkahwinan sebegini sudah biasa kita temui di mana-mana majlis perkahwinan. Selain ia mudah, cenderahati perkahwinan seperti ini boleh didapati dengan harga yang murah. Tetapi, kalau murah dan tidak cantik pastinya akan menjadi bahan bualan jiran tetangga. Rata-rata pengantin akan memilih bekas yang kelihatan cantik dan unik untuk meletakkan gula-gula di dalamnya.

2. Keychain Perkahwinan

Cenderahati perkahwinan ini merupakan yang paling ‘simple’. Hal ini adalah kerana anda tidak perlu susah-suah untuk berfikir tentang hiasan atau sebagainya, cukup dengan membeli keychain yang anda suka dan berikan kepada para tetamu sahaja. Ia sememangnya popular digunakan sebagai cenderahti disebabkan kepelbagaian reka bentuk yang ada di pasaran. Rekaan baru keychain ini adalah cukup memberangsangkan dan senang dipadankan dengan tema sesebuah majlis perkahwinan yang dirancang.

3. Love Birds Salt And Pepper Shaker

Cenderahati ini mungkin kelihatan klasik dan unik. Cenderahati perkahwinan seperti ini boleh dimanfaatkan dengan sebaik mungkin, ia juga boleh dijadikan sebagai hiasan di dapur. Tetapi anda perlulah bijak memilih agar kosnya tidak terlalu mahal.

4. Lilin Pelbagai Bentuk

Trend penggunaan lilin kahwin sebagai cenderahati perkahwinan makin berkembang. Ini disebabkan reka bentuk lilin tersebut telah berbeza dengan reka bentuk lilin traditional. Terdapat pelbagai bentuk lilin yang dijual dipasaran, anda hanya perlu memilih bentuk lilin yang anda suka dan letakkan di dalam bekas. Satu tips bagi bakal pengantin, cenderahati perkahwinan tidak perlulah terlalu besar kerana lagi besar saiznya, lagi tinggi kos yang akan anda tanggung.

5. Kuih Tradisional

Majlis perkahwinan memang tidak sah jika tidak dikaitkan dengan unsur- unsure tradisional. Memberikan kuih tradisional sebagai cenderahati perkahwinan adalah satu idea yang bijak. Selain ia boleh dimakan, ia juga melambangkan nilai-nilai tradisional. Antara kuih tradisional yang sering dijadikan cenderahati perkahwinan ialah kuih bahulu, kuih bangkit, kek cawan dan lain-lain.

6.Tasbih

Bagi majlis perkahwinan orang Melayu, adalah sesuai jika anda memberikan tasbih sebagai cenderahati perkahwinan anda.Ciri-ciri keislaman yang dipaparkan dalam majlis perkahwinan anda pasti menjadi ingatan bagi para tetamu.

7. Sapu Tangan

Sapu tangan merupakan pilihan cenderahati perkahwinan yang baik  kerana ia dihiasi dengan pembalutan berbentuk gula-gula (Candy Handkerchief) yang mempunyai pelbagai jenis Kartunis yang berlainan corak. Ia ringan dan mudah dibawa dengan tangan atau disimpan dalam beg kecil. Cenderahati perkahwinan sedemikian amatlah sesuai diberikan kepada saudara-mara dan rakan sahabat yang menghadiri majlis perkahwinan anda.

8. Set Manicure

Set manicure adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai cenderahati perkahwinan untuk tetamu. Untuk majlis perkahwinan, set manicure merupakan cenderahati perkahwinan yang sangat praktikal. Tetamu yang menerimanya boleh membawa balik set tersebut untuk digunakan kelak.

Kredit foto: cache-blog

<< Ketahui tips memilih bunga pahar untuk majlis perkahwinan anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Dugro(R) Menobatkan 280 Bintang Muda Dugrostar!

Next post

Serum Vitamin C Mampu Meremajakan Kulit Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *