FamiliSuami Isteri

7 Punca Utama ‘Perang Dingin’ Terjadi Dalam Perhubungan

perang dingin - women online magazine

Kredit Foto: glamour

Perang Dingin. Pertengkaran  atau perang dingin adalah sesuatu perkara yang tidak mungkin dapat dielakkan dalam setiap perhubungan cinta.

Bertengkar ataupun melalui fasa perang dingin dengan kekasih adalah normal, tetapi jika terlalu kerap pasti anda jadi binggung dan buntu memikirkan. Mengapa cinta yang dulunya diserikan dengan kemesraan kini kian pudar. Jom lihat punca- punca yang boleh menyebabkan perang dingin di dalam hubungan cinta anda.

7 Punca Perang Dingin

1. Bercakap Perkara Yang Boleh Menimbulkan Kemarahan

Kalau sudah timbul rasa benci di hati anda, anda akan kerap kali bercakap hal-hal yang akan menimbulkan kemarahan atau rasa benci di dalam hatinya. Apa saja lawak yang diutarakan, anda akan menganggap sebagai satu hal yang amat membosankan yang pernah anda dengar.

 

2. Gunakan Keburukan Untuk Mengeruhkan Lagi Keadaan

Bercakap berkenaan dengan perkara yang negatif antara senjata yang sering digunakan. Menyakiti hati pasangan boleh membuat rasa sayang yang pernah dipupuk akan terpadam sehingga yang tinggal hanyalah rasa benci yang amat mendalam.

 

3. Lelaki  Sering Meremehkan Perasaan Teman Wanita                                                               

Kaum lelaki seringkali meremehkan perasaan atau sudut pandang wanita. Mereka tidak menyedari sikap meremehkan ini kerana menganggap perasaan negatif  teman wanita sebagai hal yang biasa. Tapi bagi wanita, mereka beranggapan bahawa kaum lelaki sebegini tidak berperasaan dan menyakitkan hati. Apatah lagi, jika pasangan suka mengukit tentang hubungan masa lalu. Perang dingin akan jadi bertambah hebat apabila salah seorang daripada pasangan  suka membandingkan diri  kekasih dengan bekas kekasihnya.

 

4. Hanya Kerana RM!

Perang dingin kerana RM atau wang bukan hanya dialami oleh pasangan yang sudah berkahwin sahaja. Ketika masih bercinta pun, pasangan boleh berdebat kerana masalah kewangan. Biasanya, lelaki akan memberi komen tentang kebiasaan wanita yang dianggap suka bershopping dan sebagainya. Wang merupakan masalah yang sensitif untuk dikongsi dengan pasangan kekasih. Jadi, jika anda dan si dia belum berniat untuk mendirikan rumahtangga, hindari daripada berbual tentang wang ya!

 

5. Dihantui Rasa Cemburu

Cemburu tetap menjadi salah satu penyebab utama pasangan bercinta sering perang dingin.  Perasaan cemburu adalah normal dalam percintaan, tapi jangalah sampai menjadi cemburu buta yang boleh menghancurkan hubungan cinta. Adakalanya perang dingin itu terjadi apabila sang kekasih mengajak anda keluar bersama teman-temannya. Namun, anda menolak tetapi si dia tetap pergi juga. Situasi ini akan membuatkan anda sakit hati sehingga mencetuskan perang dingin yang cukup panas.

 

Baca Juga: Cara Hilangkan Rasa Cemburu

 

6. Stress

Jangan tak percaya, stress boleh mengundang perang dingin dalam perhubungan cinta. Biasanya seseorang akan terkena tempias kemarahan kerana kekasihnya mendapat tekanan di pejabat ataupun disebabkan masalah keluarga. Jika keadaan emosi anda tidak stabil, sebaiknya anda elakkan diri daripada bertemu dengan si dia buat sementara waktu. Biarkan fikiran anda lega supaya semua masalah tersebut tidak menganggu hubungan percintaan anda.

 

7. Bercanggah Pendapat

Jika terlalu lama menjalinkan perhubungan, lama kelamaan anda akan menyedari bahawa ada ketidakserasian di antara anda dan si dia. Tak kiralah soal kerja, hobi, gaya hidup dan sebagainya. Hubungan cinta sememangnya boleh menyatukan jurang berbezaan, jadi pandai-pandailah anda dan pasangan melengkapi perbezaan tersebut. Lagipun, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.

 

Kesimpulan

Saat hubungan cinta dilanda perang dingin, sebaiknya anda renungkan sejenak kebaikan-kebaikan yang si dia pernah lakukan untuk anda, kemudian tarik nafas sedalamnya. Lepaskan…. Lakukan meditasi atau berdoa, dekatkan diri pada-Nya, biarkan hati terasa lebih tenang serta lakukan aktiviti yang boleh mengembalikan mood gembira anda. Setelah semua ok, barulah anda dan pasangan kembali bertemu.

 

Anda boleh SHARE artikel ini ya

<< Ketahui sejuta kebaikan vitamin B Complex di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Terbaik Hias Ruang Tamu Agar Nampak Luas

Next post

4 Petua Hilangkan Jeragat Dengan Mudah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *