FamiliPerkahwinan

Kena Baca! 6 Checklist Persiapan Kahwin

6 CHECKLIST PERKAHWINAN-Women Online Magazine

Checklist Perkahwinan.Sebelum kahwin pasti anda tercari-cari checklist perkahwinan untuk dijadikan sebagai rujukan persiapan.Jadi, baca artikel ini sampai habis.

Perkahwinan adalah antara pengalaman yang menarik dan jarang dikecapi di dalam hidup. Majlis perkahwinan mungkin akan dapat dirasai sekali sahaja dalam seumur hidup, jika anda adalah pasangan yang setia dan istana yang dibina kekal sepanjang hayat.

Sungguhpun begitu, apa yang diharapkan di hari bersejarah ini resepsi majlis perkahwinan anda hendaklah dilakukan dengan sempurna supaya ia menjadi tidak menjadi mimpi buruk buat anda dan pasangan.

Jadi penting untuk anda dan pasangan melakukan checklist sebelum perkahwinan, melainkan jika anda mempunyai duit poket lebih dengan menggunakan khidmat perundingan pekahwinan untuk menguruskan perkahwinan anda.

Checklist sebelum perkahwinan amat penting untuk memastikan perjalanan dan resepsi perkahwinan kita berjalan dengan lancar. Pelbagai persiapan perlu dilakukan sebelum perkahwinan bersama pasangan anda. Antaranya ialah:

1. Lakukan Syarat Sah Perkahwinan

Utamakan perkara paling penting untuk syarat sah perkahwinan anda dahulu. Pergilah mendaftar kursus kahwin bersama dengan pasangan anda mahupun secara bersendirian.

Lengkapkan juga segala borang dan dokumen yang berkait rapat dengan perkahwinan dan semakan semula segala dokumen yang berkaitan dengan perkahwinan. Jangan lupa juga untuk memenuhi syarat yang lain, seperti ujian HIV.

Ini memudahkan lagi untuk anda dan pasangan merancang ke tahap seterusnya. Ia juga mengelakkan kesulitan dan kecelaruan pada saat-saat akhir.

 

Baca Juga: Belanja Kahwin

 

2.  Bincang Bajet Perkahwinan

Anda dan pasangan, termasuk keluarga kedua-dua belah pihak, hendaklah duduk berbincang mengenai berapa banyak akan diperuntukkan untuk majlis perkahwinan anda, tidak kira untuk majlis di sebelah perempuan atau ketika bertandang ke pihak pasangan anda.

Bincangkan berapa jumlah untuk wang hantaran dan set perkahwinan yang bertepatan dengan anda berdua. Set perkahwinan termasuklah untuk kos sewa meja dan kerusi, khemah, katering, kad perkahwinan, set pakaian untuk majlis kahwin, set audio dan karoeke.

Jangan dilupa juga kos sewa untuk majlis itu dilangsungkan. ( jika anda buat di dewan atau hotel)

# Bajet mengikut kempampuan anda, tidak perlu sehingga berhutang semata-mata untuk memastikan majlis perkahwinan anda dibuat dalam majlis yang besar.

 

Baca Juga: Katering Perkahwinan

 

3. Tetapkan Tempat & Tetamu

Bincangkan tempat yang sesuai untuk melangsung majlis perkahwinan anda. Pastikan majlis itu berlangsung dekat dengan perumahan anda dan mudah untuk pergi majlis perkahwinan anda. Lebih mudah jika dilakukan di sekitar rumah anda.

Jika anda mahu melangsungkan majlis anda di dewan mahupun hotel, pastikan ia bersesuaian dengan bajet anda. Pastikan juga tempat anda pilih itu selesa dan beri maklumat secara tepat supaya mudah untuk para tetamu anda pergi ke majlis anda

Tetapkan berapa jumlah tetamu yang anda dan pasangan anda akan jemput. Beri keutamaan dengan menjemput kesemua saudara mara anda untuk datang ke majlis anda.

Jemputlah juga jiran-jiran di kawasan tempat tinggal anda untuk hadir ke majlis tersebut. Jangan lupa untuk menjemput kesemua rakan-rakan anda sekali. Pastikan berapa jumlah tetamu anda bagi mengelakkan kekurangan makanan untuk dihidangkan kepada tetamu anda nanti.

 

4.  Tetapkan Masa & Tarikh

Pilih tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis pernikahan anda. Pastikan tarikh yang dipilih bersesuaian untuk memudahkan majlis perkahwinan untuk diuruskan dan memudahkan tetamu datang ke majlis anda.

Seelok-eloknya pilihlah majlis itu dilangsungkan pada cuti sekolah. Elakkan daripada memilih pada musim perayaan, bimbang ramai yang tidak dapat hadir kerana meluangkan masa bersama keluarga dan menyambut perayaan.

# Jika anda mahu melangsung perkahwinan berkonsepkan outdoor, elakkan memilih majlis perkahwinan pada hujung tahun kerana hujung tahun biasanya berlaku musim tengkujuh.

 

Baca Juga: Baju Nikah Muslimah

 

5.  Pilih Tema Perkahwinan

Kini sudah menjadi trend pasangan memilih tema untuk perkahwinan mereka. Terdapat pelbagai jenis tema perkahwinan yang dilakukan. Antaranya ialah berkonsepkan taman mahupun princess dan English style

Ada juga melangsungkan perkahwinan mengikut asal keturunan mereka, contohnya perkahwinan berkonsepkan Jawa, Minangkabau mahupun tradisional Melayu

Pilihlah perkahwinan yang bersesuaian dengan anda dan pasangan anda. Pastikan tona warna pada pakaian pengantin dan juga persekitaran majlis bersesuaian dengan konsep supaya kekal meriah dan ceria.

 

6. Sediakan Cenderahati

Jangan dilupakan untuk memberikan cenderahati kepada kesemua tetamu yang hadir pada majlis anda. Ia sebagai tanda terima kasih kepada mereka kerana sanggup meluangkan masa mereka untuk memeriahkan majlis perkahwinan anda.

Anda boleh memberi cenderahati mengikut kreativiti dan bajet anda, tidak kira dengan memberi telur rebus kepada mereka.

 

Baca Juga: Cenderahati Perkahwinan

 

Aturkanklah majlis perkahwinan anda seeloknya dan sebijak mungkin bagi memastikan kelancaran pada majlis perkahwinan anda dan juga pasangan anda supaya ia kekal menjadi kenangan terindah kalian hingga ke hari tua

Seelok-eloknya, pada majlis perkahwinan ini berbelanjalah secara berhemah. Utamakan keluarga dalam urusan perkahwinan dan moga ikatan yang terjalin akan kekal hingga nafas yang terakhir.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang merancang untuk berkahwin supaya boleh dijadikan panduan.

<< Jom ketahui 8 teknik urus kehidupan selepas kahwin

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Kesan Steroid Untuk Jangkamasa Panjang

Next post

8 Petua Elak Mengantuk Paling Berkesan Ketika Di Ofis

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *