FamiliIbu BapaPermata Hati

6 Cara-Cara Menghormati Ibu Bapa

6 Cara-Cara Menghormati Ibu Bapa-Women Online Magazine

(Gambar ini hanya sebagai hiasan sahaja)

Nak tahu cara-cara menghormati ibu bapa anda? dapatkan perkongsian dari kami di sini..

Semasa kita kecil dahulu, ibu bapa adalah insan yang bertanggungjawab melahirkan kita. Mereka menatang kita bagai minyak yang penuh. Boleh dikatakan semua keinginan kita mereka akan cuba penuhi. Mereka akan membelai kita dengan penuh manja dan disaluti penuh kasih sayang.

Apabila mereka dimamah usia dan kita makin meningkat dewasa, inilah masa yang sesuai untuk kita membalas segala jasa baik dan limpahan kasih sayang kepada mereka seperti mana mereka lakukan kepada kita dahulu.

Bagaimana cara anda, sebagai anak cuba untuk membahagiakan kedua ibu bapa anda?

Antara Cara-Cara Menghormati Ibu Bapa adalah:

1) Memberi Perhatian

Inilah perkara paling penting bagi anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa mereka. Mereka kesunyian apabila anak-anak mereka mungkin sudah tidak tinggal serumah kerana mungkin ada anak mereka yang menyambung pelajaran di luar negeri, kerja di negeri orang atau mungkin berkahwin dan menetap di tempat lain.

Ada juga anak yang duduk sebumbung dengan ibu bapa mereka juga sibuk dengan komitmen kerja yang sibuk. Apa kata anda luangkan masa untuk member perhatian kepada mereka.

Bagi yang tinggal berjauhan, hubungilah mereka sekerap yang mampu, tidak kira melalui telefon mahupun video call. Apabila tiba musim cuti sekolah, pulanglah ke kampung menziarahi ibu bapa anda.

Bagi yang tidak berapa jauh, apa kata anda anda jenguk ibu bapa anda pada hujung minggu, bawa bersama anak-anak mereka supaya mereka dapat memecahkan suasana hening di saban sunyi dengan keletah cucu mereka.

Pada yang duduk sebumbung dengan ibu bapa anda, apa kata anda luangkan masa berkualiti dengan mereka tidak kira menonton rancangan televisyen kegemaran mereka bersama-sama atau bawa mereka pergi makan malam atau beriadah, sekaligus dapat merapatkan hubungan anda bersama dengan mereka.

# Kadangkala mereka tidak perlukan wang ringgit, apa yang mereka inginkan adalah perhatian dari anak-anak. Apabila sudah memasuki zon golongan emas, mereka sukakan perhatian daripada insan yang mereka sayang.

2) Berikan Wang Ringgit

Mungkin ada yang datang dari latar belakang yang berada dan senang, mungkin juga ada yang datang daripada keluarga yang daif dan susah, tetapi ibu bapa anda tetap berjaya mendidik dan membesarkan anak-anak mereka dengan jayanya.

Apa kata bagi anda yang sudah mempunyai pekerjaan yang tetap, sumbang sedikit wang ringgit hasil gaji anda itu kepada ibu bapa anda, tidak kira ibu bapa anda orang berada, apatah lagi bagi ibu bapa yang hidup dalam keadaan susah.

Ibu bapa anda mungkin sudah tidak terdaya dan tidak mempunyai lagi tenaga kudrat yang kuat untuk melakukakan pekerjaan. Wang ringgit anda itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka dan membantu mereka bagi kos perubatan dan kos sara hidup yang tinggi.

3) Tujukkan Pencapaian & Kejayaan kepada Mereka

Di kala anda susah dan senang, ibu bapa adalah tempat anda menyandarkan bahu anda. Dikala anda terjatuh, mereka akan membantu anda bangun semula dan senantiasa menyokong dan membakar semangat anda untuk sampai ke puncak.

Jika anda sudah sampai ke puncak, jangan sesekali lupakan jasa mereka. Tujukan kejayaan anda kepada mereka, ucapkan terima kasih kepada mereka dengan segala bantuan dan sokongan yang diberikan.

Pasti mereka akan rasa dihargai dan cukup gembira kerana anak mereka menghargai segala jasa-jasa mereka. Itu juga sudah cukup membuatkan mereka gembira.

4) Sediakan Tempat Tinggal yang Selesa

Mungkin ada di kalangan anda dibesarkan di dalam suasana yang daif dan penuh kekurangan oleh ibu bapa sehingga anda mampu berjaya dan mendapat kerjaya sendiri.

Apa kata dengan hasil pendapatan anda dan juga adik-beradik, kumpul sedikit-sedikit antara kalian untuk memperbaiki atau menyediakan tempat tinggal yang sesuai dan selesa kepada ibu bapa anda.

5) Penuhi Permintaan Ibu Bapa

Jika ketika anda kecil dahulu, mereka terpaksa melayan kehendak anda dan cuba memenuhi permintaan anda walaupun kadangkala mengarut dan menyusahkan mereka demi anak yang tersayang.

Inilah masa yang sesuai untuk anda membalas jasa anda dengan cuba menuanaikan permintaan kedua ibu bapa anda. Mungkin permintaan mereka melibatkan kewangan, tenaga atau masa selagi termampu.

6) Curahkan Kasih Sayang kepada Ibu Bapa

Inilah cara paling mudah dan paling diinginkan oleh ibu bapa anda terhadap anaknya. Mendapat balasan kasih sayang dari anak mereka sudah cukup membuatkan diri mereka dihargai.

Apabila meluangkan masa bersama dengan ibu bapa anda, gunakan suara yang lembut untuk berbicara dengan mereka. Cuba elak melakukan perkara yang tidak disukai oleh mereka di depan mereka kerana risau akan menimbulkan perasaan tidak di ingini berlaku.

Paling penting doakanlah kesejahteraan ibu bapa anda. Itulah cara yang terbaik untuk memastikan amalan mereka berterusan biarpun mereka sudah meninggal dunia
Besar manapun jasa anda, banyak manapun anda berikan wang ringgit anda, sekuat manapun kudrat anda dan selama manapun masa anda habiskan untuk ibu bapa anda tidak cukup untuk membalas segala jasa-jasa mereka kepada anda.

Sebagai anak, berbaktilah selagi mampu kepada ibu bapa anda selagi mampu dan selagi mereka masih ada. Biarkan kecil sumbangan kita, berbakti kepada ibu bapa sudah cukup untuk membuatkan mereka menghargai dan tersenyum dengan jasa anak mereka.

Kredit Foto kepada hmetro

<< Nak Tahu Tips mendidik anak cemerlang , klik sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Bantu Anak Cerdik Dengan Bersarapan

Next post

6 Persiapan Sebelum “GYM in Malaysia”

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. April 11, 2019 at 3:31 pm — Reply

    […] pilihlah kawan yang tidak meninggalkan solat dan tahu menghormati orang yang lebih tua. Perkara ini penting kerana ciri-ciri kawan yang baik itu akan menjadi ikutan kita sepanjang masa. […]

    • May 4, 2019 at 11:12 am — Reply

      Absolutely Encik,kawan juga adalah salah satu faktor pembentukan akhlak seorang manusia.Sebab tu kena pilih kawan yang baik,supaya mereka boleh memberi ikutan yang baik kepada diri kita sendiri.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *