FamiliPermata Hati

5 Cara Didik Anak Urus Wang

Cara Didik Anak Urus Wang-women online magazine

Anda sudah bekeluarga? ketahui cara bagaimana cara didik anak urus wang di sini..

Masa kini, kewangan adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup kita untuk meneruskan hidup, terutama bagi yang duduk di bandar yang menuntut kos sara hidup yang tinggi. Ia adalah penting untuk kita mengawal perbelanjaan untuk kesenangan di masa depan.

Tetapi bagaimana untuk kita mengajar anak-anak kita mengawal perbelanjaan mereka untuk memastikan kos sara hidup terkawal? Bagi ibu bapa yang mana anak mereka yang masih kecil, pasti anda belum memikirkan rancangan kewangan untuk anak anda.

Bagaimana pula hendak mendidik anak-anak yang sudah meningkat remaja, yang mempunyai keinginan dan nafsu yang tinggi untuk membeli barang yang mereka minati?
Terdapat beberapa tips di sini untuk anda amalkan mendidik anak anda supaya berjimat cermat dan bijak mengawal kewangan mereka. Antaranya ialah:

1) Berikan Mereka Wang Saku

Beri anak anda wang saku, tidak kira secara berminggu-minggu atau wang saku selama sebulan. Pemberian wang saku kepada anak-anak dapat mendidik anak-anak anda bagaimana untuk mengawal perbelanjaan mereka sendiri.

Jumlah kuantiti wang saku yang diberi hendaklah mengikut kesesuaian umur anak anda. Lebih meningkat usia anak anda, makin tinggi wang perlu diberikan kepada anak anda.
Kepada anak yang masih kecil, disarankan anda memberi hanya separuh daripada perbelanjaan anda kemudian setengah lagi disimpan di dalam tabung mereka.

Ibu bapa juga hendaklah sentiasa memantau perkembangan harga semasa harga-harga keperluan asas dan harga semasa di kedai seperti makanan yang terdapat di kantin mahupun kafeteria, supaya anak kita mendapat duit yang mencukupi.

2) Ajarkan Mereka Apa Itu Keperluan dan Kehendak

Pada usia yang masih mentah dan tidak matang, mungkin mereka tidak dapat membezakan apa itu keperluan dan kehendak. Pada mereka, membeli barang yang bagi mereka menarik dan menyeronokkan itu adalah sesuatu keperluan bagi mereka.

Anda sebagai ibu bapa, hendaklah mendidik mereka untuk membezakan apa itu kehendak dan keperluan. Maklumkan kepada mereka juga tentang padahnya lebih berbelanja mengikut kehendak supaya dapat memberi pelajaran berguna kepada mereka.

3) Didik Anak-Anak untuk Menabung

Menabung adalah salah satu cara untuk anak-anak anda dapat menyimpan duit dengan kaedah yang betul, tidak kira apa jenis cara tabung sekalipun.

Didik mereka menabung, tidak kira untuk simpanan mereka atau membeli barang mereka hajati. Ajar mereka menabung untuk simpanan pada masa depan mereka yang cerah.

Jika mereka ingin membeli barang yang dihajati, suruh mereka untuk mengumpul wang sedikit-sedikit, ia secara langsung dapat mengajar anak anda cara berjimat cermat dan menabung.

Jangan terlalu melayan kehendak anda untuk membeli barang yang mereka hajati kerana risau mereka tidak akan tahu bagaiman untuk menabung mahupun menyimpan duit.

4) Tunjuk Cara Bagaimana untuk Melabur

Seperti diketahui, mata wang akan menjadi lebih proaktif apabila simpan di bank berbanding daripada hanya menyimpannya di bawah bantal.

Apa kata anda bawa anak-anak anda kerap ke bank atau amanah saham untuk menunjukkan cara bagaimana untuk menyimpan dan mengeluarkan duit. Maklumkan pada mereka betapa banyak faedahnya untuk menyimpan duit di bank.

Galakkan anak anda untuk menabung kemudian simpan ia ke dalam bank untuk pelaburan. Biarkan ia mengurus sendiri aliran keluar masuknya ke dalam akaun, bimbang jika mengannggu atau menghalangkannya daripada mengeluarkan duit sendiri akan membuat semangatnya luntur.

Harus diingatkan, jangan membiarkan anak kita menguruskan kewangan mereka sendiri, anda perlu pantau perbelanjaan mereka dari masa ke semasa. Jika mereka melakukkan kesilapan tegur dan nasihat supaya ia tidak memudaratkan.

5) Menjadi Tauladan yang Terbaik kepada anak

Tiada siapa yang lebih layak dan rapat dengan anak kita selain anda sebagai ibu bapa. Anda adalah orang yang boleh dijadikan contoh terbaik kepada anak-anak dalam menguruskan perbelanjaan.

Tunjuk contoh terbaik kepada anak dengan cara kita mengawal perbelajaan dengan berhemah. Jangan menunjukkan yang kita hebat ketika membeli belah di depan anak kita, dengan membeli barangan keperluan terlampau banyak atau membeli barangan jenama yang mahal dengan kuatiti yang banyak.

Anda juga harus menunjukkan cara penabungan yang baik di depan anak-anak anda, tidak kira melalui tabungan atau simpanan dan pelaburan. Tunjukkan bagaimana anda bahagikan perbelanjaan anda mengikut keperluan dan senaraikan bajet anda dalam sebulan dan cara kiraannya di depan anak anda.

Jika kita menunjukkan contoh yang baik, tidak mustahil anak anda akan mengikut ‘tabiat’ anda itu kerana bak kata pepatah ‘bapak borek anak rintik. Jangan pula kita menjadi ‘seperti ketam mengajar anak berjalan lurus’.

Kita beria-ia menyuruh anak kita belanja berhemah tetapi kita sendiri tidak melakukkannya. Sekaligus ia akan menyukarkan untuk anak kita untuk mula berjimat cermat.

Berikan ganjaran pada anak-anak anda jika mereka dapat mengumpulkan dan manabung secara konsiten, seperti menambah duit pada simpanan mereka. Langkah ini dapat membakar semangat anak anda untuk terus menabung.

Ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak dalam menguruskan kewangan yang kukuh. Kewangan yang utuh akan memberikan pelbagai faedah dan jaminan pada masa depan yang cerah.

Jangan manjakan anak anda dengan limpahan kewangan dan perbelanjaan, sebaliknya limpahkanlah kasih sayang anda terhadap mereka dengan mengajar dan melakukan sesuatu untuk anak anda berjimat dan pandai menguruskan kewangan mereka.

Kredit Foto kepada  4dynur4

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Tips Sebelum Pergi Bercuti

Next post

Makluman Penjenaman Semula Wom.my

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. June 11, 2014 at 12:01 pm — Reply

    […] beri imbuhan duit jangan lupa pula ajar menabung dan tidak perlu membazir beli juadah berbuka banyak-banyak kerana semuanya telah dan bakal […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *