CantikRambut

Tips Pilih Warna Tudung Sesuai Dengan Warna Kulit

warna hijab sesuai dengan warna kulit-Women Online Magazine

Kredit Foto: hijapedia

Warna Tudung.Adakah anda merupakan peminat tegar fesyen berhijab?

Untuk menyempurnakan penampilan hijab, perkara utama yang harus anda ambil tahu adalah warna tudung dengan warna kulit anda. Adakah ia sesuai dan indah dipandang mata apabila digayakan?

Warna tudung yang salah atau tidak sesuai dengan warna kulit anda boleh membuatkan wajah anda kelihatan kusam dan tidak segar.

Padanan yang tepat  termasuk kesesuaian warna tudung dengan warna atau motif pakaian anda akan menyerlahkan lagi keseluruhan penampilan anda, sehingga tercipta satu stail yang selesa dan memikat!

 

Berikut tips memilih warna tudung yang sesuai dengan warna kulit anda;

* Jika anda berkulit kuning langsat

Anda disarankan memilih hijab berwarna merah, pink dan biru. Warna yang harus dihindari adalah yang berwarna seperti caramel, coklat dan oren.

 

Baca Juga: Kulit Putih Gebu

 

* Jika anda berkulit putih

Sebaiknya pilih warna hijab yang lebih gelap atau terang seperti hitam, biru, ungu dan merah. Elakkan warna-warna seperti beige, pastel atau putih yang boleh membuatkan anda kelihatan pucat dan tidak bermaya.

 

* Jika anda berkulit gelap

Anda disarankan memilih warna-warna lembut supaya kulit anda kelihatan lebih cerah. Cubalah ‘bermain’ dengan warna-warna neutral seperti pastel dan lavender. Anda perlu menghindari pemakaian hijab berwarna coklat, hitam, oren, kuning, hijau tua dan merah bata kerana membuatkan kulit anda nampak lebih gelap.

 

Baca Juga: Make Up Untuk Kulit Gelap

 

* Jika anda berkulit sawo matang

Anda yang memiliki kulit sawo matang, sebaiknya pilih hijab yang berwarna pastel, biru tua, maroon, ungu serta hitam.  Cuba elakkan memakai atau  memilih hijab berwarna merah, kuning, hijau dan coklat gelap.

Untuk dapatkan panduan cara menjaga rambut berhijab anda boleh dapatkan tips di laman cara 4 Cara Mudah Penjagaan Rambut Wanita Berhijab

 

Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini.

 << Jom ketahui bagaimana untuk tampil cantik dengan berhijab di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Jenis Penyakit Lelaki

Next post

13 Tempat Pelancongan Di Perak Yang Wajib Dilawati

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *