CantikKulit

Vitamin Ubat Jerawat Paling Mujarab!

Ubat Jerawat - Women Online Magazine

Jerawat adalah masalah kulit yang sering dialami oleh ramai orang, terutama para remaja. Adakah anda tersenarai dalam kategori mereka yang menderita akibat masalah jerawat? Apakah anda sudah berusaha pelbagai cara termasuk mencari ubat jerawat untuk mengatasinya?

Jangan menyerah kalah dan cepat berputus asa kerana anda boleh mengatasi jerawat dengan menggunakan vitamin sebagai ubat jerawat. Meskipun diet atau menjaga pola pemakanan memainkan peranan penting untuk menghilangkan jerawat,namun ada sejumlah makanan berkhasiat yang baik untuk perawatan kulit, contohnya vitamin. Memperoleh vitamin bukan sekadar melalui ubat-ubatan atau produk-produk kecantikan, tetapi juga boleh melalui beberapa jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian yang sememangnya mempunyai kandungan vitamin semulajadi. Ada beberapa jenis vitamin yang boleh menyembuhkan jerawat pada wajah anda.

Berikut beberapa jenis vitamin yang boleh dijadikan ubat jerawat.

  1. Vitamin A

Retinoid sering ditemukan pada Vitamin A. Menurut sumber yang dikutip daripada Mayoclinic.com retinoid merupakan perawatan jerawat tropikal yang dihasilkan oleh ahli dermatologi.Vitamin A dalam retinoid akan mempercepat pergantian sel dan membantu menjaga pori-pori. Pengambilan vitamin A dalam diet, sebaiknya berasal daripada produk susu dan minyak ikan. Ia sangat baik untuk kulit dan kekurangan nutrisi dari vitamin A sebenarnya boleh menyebabkan jerawat.

  1. Vitamin B

Selain baik untuk mengurangkan stress, vitamin B juga dapat meredakan stress akibat jerawat. Beberapa jenis makanan seperti seperti sayuran hijau, daging, susu, telur, biji-bijian dan ikan kaya dengan kandungan vitamin B.Menurut sumber yang diperoleh daripada nutrion.com semua vitamin B memainkan peranan dalam dalam perawatan kesihatan kulit dan membantu menjaga warna kulit agar tetap cerah.

  1. Vitamin E

Vitamin E merupakan vitamin yang paling penting untuk perawatan kulit. Dikenali kerana mempunyai kandungan antioksidan yang membantu kulit dalam melawan radikal bebas.Untuk mendapatkan lebih banyak pengambilan vitamin E, makan beberapa jenis bahan makanan seperti kacang, almond, bijirin gandum biji, bunga matahari, dan brokoli.

  1. Vitamin C

Vitamin C dan bioflavonoid antioksidan diperlukan paling kurang oleh 300 fungsi metabolisme dalam tubuh manusia. Vitamin C penting untuk memperbaiki sel-sel, melawan infeksi dan meningkatkan daya ketahanan tubuh.Selain itu, bioflavonoid bertindak sebagai anti bakteria dalam tubuh. Untuk melawan jerawat, kita disarankan mengambil vitamin C 1.000 miligram tiga kali sehari.

  1. Zink

Walaupun zink termasuk dalam golongan mineral, tetapi ia dapat membantu menyembuhkan kulit dan mencegah jaringan parut yang dapat menyebabkan jerawat. Zink juga bertindak sebagai antioksidan dan mencegah kerosakan kulit akibat radikal bebas. Kekurangan zink dapat boleh menyebabkan jerawat. Zink boleh diperoleh dalam telur, biji-bijian, kacang-kacangan dan cendawan. Pengambilan zink antara 25 sampai 30 mg per hari disarankan untuk mencegah jerawat .

  1. Kromium

Khrom atat kromium dapat membantu mengurangkan infeksi kulit. Ketika anda melakukan diet, gula dapat menyebabkan hilangnya kromium dalam tubuh. Jika itu terjadi, anda disarankan untuk untuk mengambil 150 mikrogram per hari untuk melawan jerawat.

Kesimpulan

Penggunaan ubat jerawat atau apa sahaja produk menghilangkan jerawat sebaiknya anda tukar dengan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan atau kacang-kacangan yang mengandung vitamin di atas. Ia akan memberikan banyak manfaat di samping menghilangkan jerawat.

Selamat mencuba!

Kredit foto:alphacoders

<< Ketahui khasiat kulit kayu manis yang boleh mengecutkan jerawat di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Semak, 5 Petua Tradisional Hilangkan Derita Sakit Tekak

Next post

Pisang Kaki Punya Sejuta Khasiat!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *