CantikKulit

11 Teknik Urutan Wajah Cantik Berseri

Urutan Wajah.Salah satu rahsia wajah sentiasa berseri ialah dengan melakukan  proses urutan wajah.

Senang sangat dan anda boleh lakukan sendiri pada setiap hari di rumah.

Di bawah adalah langkah-langkah urutan wajah… Selamat Mencuba.

urutan wajah

Proses Urutan Wajah

Luangkan hanya 4 minit untuk melakukan kaedah urutan wajah. Cuba ingat setiap langkah berikut dan jadikan ia sebagai salah satu aktiviti harian anda. Gunakan sentuhan ringan serta lembut dengan menggunakan jari. Buat dalam gerakan ke atas dan seterusnya dibawa ke bawah luar wajah.

  • Langkah  Pertama Urutan Wajah

Gunakan bahagian belakang tangan, kenakan tekanan yang lembut terhadap kulit serta sekitar rahang di bawah dagu untuk merangsang sel kulit sekitar bahagian berkenaan. Tukar tangan, dongak leher dan urut seluruh bahagian bawah leher merangkumi telinga kanan ke kiri.

  • Langkah  Kedua Urutan Wajah

Ambil jari telunjuk dan jari hantu, tekan perlahan pada bahagian rahang dalam pergerakan sekata bermula dari dagu hingga ke telinga.

  • Langkah  Ketiga Urutan Wajah

Susun jari kedua-dua belah tangan secara menegak, tunjukan ke tengah dahi dengan kedudukan ibu jari berada di rahang. Rapatkan tangan secara perlahan-lahan. Kekalkan kedudukan selama tiga hingga empat saat dan ulang.

  • Langkah  Keempat Urutan Wajah

Kenakan tekanan secara ringan dengan meletakkan kedua belah tapak tangan di bawah dagu. Pastikan jari telunjuk berada di depan telinga. Tekan perlahan dan biar selama tiga hingga empat saat dan ulang.

  • Langkah  Kelima Urutan Wajah

Genggam jari dan tekan lembut ke bawah dagu manakala ibu jari menekan lembut menghala ke atas pada sekitar mulut, di bawah hidung, sekitar lubang hidung serta kelopak hidung. Urutan ini dapat membantu memperbaiki peredaran darah dan menyingkirkan toksin.

Baca Juga: Tips Detoks Dengan Sayur dan Buah-buahan

  • Langkah  Keenam Urutan Wajah

Gunakan hujung jari, tekan sepanjang tulang bahagian atas tulang pipi dan urut dalam gerakan ke atas untuk penyingkiran toksin.

  • Langkah  Ketujuh Urutan Wajah

Ambil jari hantu dan jari manis, tekan perlahan selama lima saat bermula di bahagian atas batang hidung bawa sehingga hujung kening(pelipis).

  • Langkah  Kelapan Urutan Wajah

Gunakan jari manis dan picit menggunakan kadar tekanan yang perlahan pada bahagian bawah mata. Tarik menghala ke bahagian kelopak mata(pejamkan mata)

  • Langkah  Kesembilan Urutan Wajah

Bawa kedua telapak tangan dan letak di bahagian antara kening dan anak rambut. Usap bahagian berkenaan dengan lembut dan perlahan. Urutan pada bahagian berkenaan dapat mengurangkan kehadiran garis halus pada wajah.

Baca Juga: Kelebihan Memakai Serum Muka

  • Langkah  Kesepuluh Urutan Wajah

Tutup mata, rapatkan tapak tangan ke muka. Kedap wajah dengan perlahan sehingga wajah dapat merasai kesan tarikan. Tekan wajah perlahan, biarkan untuk beberapa saat dan ulang.

Baca Juga: Tapak Tangan Berpeluh

  • Langkah  terakhir Urutan Wajah

Akhir sekali, gunakan telapak tangan serta jari dan tekan menggunakan tangan kanan ke seluruh bahagian sisi leher sebelah kiri. Lakukan pada pangkal leher hingga rahang. Ulang gerakan  yang sama menggunakan tangan kiri.

 

Ini sahaja perkongsian dari Wom untuk anda semua, jika anda suka dengan artikel ini, jangan lupa share kepada kawan-kawan ya.

<< Jom baca 5 rahsia awet muda

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Udang Butter Sedap Meleleh

Next post

6 Tips Mudah Penjagaan Gigi Agar Sihat Dan Putih Berseri

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. February 6, 2018 at 6:56 pm — Reply

    brp minit biasa urutan muka

Leave a Reply to norra Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *