Tips Mudah Jaga Kesihatan Vagina Ketika Anda “Datang Bulan”

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )
Tidak dinafikan bahawa menjaga kesihatan bahagian sulit bagi kaum wanita sangatlah penting.
Apatah lagi ketika “datang bulan”. Sebagai wanita yang aktif, anda tentunya memerlukan pembalut wanita yang berdaya serap tinggi, supaya tidak lembap, permukaannya lembut agar vagina tidak melecet dan tembus!
Pembalut atau tuala wanita yang bermutu sangat penting kerana ia menjadi sahabat karib anda sepanjang temph “datang bulan” atau haid. Keadaan ini akan membuatkan anda berasa lebih yakin, selesa di saat melakukan pelbagai aktiviti seharian.
Sungguh pun begitu, sebenarnya bukan sekadar pembalut wanita yang bermutu sahaja yang diperlukan untuk berasa lebih nyaman dan selesa ketika haid. Tetapi, ia turut melibatkan sikap peribadi anda sebagai wanita dalam menjaga kebersihan selama haid. Bukanlah payah sangat untuk wanita menjaga kesihatan alat sulitnya kerana sebahagian besar proses menjaga kebersihan tersebut memang sudah anda lakukan, sekadar menerapkannya secara konsisten sahaja.
Langkah-Langkah Yang Perlu Anda Ambil:
- Mandi
Jangan abaikan rutin mandi pagi dan petang. Selain iklim tropika yang membuatkan anda sering berpeluh, sehingga perlu mandi, ketika “datang bulan” mandi adalah proses penting untuk memastikan kebersihan kawasan genital (vagina) wanita.
- Mengganti Pakaian Dalam
Kenakan pakaian dalam yang bersih setiap kali selesai mandi. Pakaian dalam yang bersih akan membuatkan anda berasa lebih segar.
- Jangan Lupa Pakai Deodoran
Ketika haid, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak hormon estrogen. Hormon ini akan mengundang pengeluaran peluh dan minyak tubuh akan menjadi lebih banyak daripada biasa. Inilah yang menyebabkan tubuh cenderung beraroma tidak sedap ketika haid. Bagi memastikan kamu tidak mengalami masalah ini, gunakanlah deodoran setiap kali selesai mandi.
- Bersihkan Bahagian Kulit Tertentu
Setelah menggunakan tandas, bilas bahagian kulit yang menempel pada permukaan tandas ketika anda membuang air. Perkara ini perlu dilakukan untuk mencegah risiko infeksi bakteria. Berbeza daripada kebiasaannya, kulit di sekitar kawasan genital cenderung lebih lembap di ketika “datang bulan”, sehingga risiko infeksi bakteria lebih tinggi pada ketika ini.
- Kena Rajin Cuci Tangan
Gunakan sabun untuk mencuci tangan, dan bilas dengan air bersih, sebelum dan setelah mengganti pembalut.
- Ganti Pembalut Wanita Setiap 3 – 4 jam
Ia dapat menghindari pembalut tersebut menjadi terlalu lembap, dan menampung terlalu banyak darah haid. Selebihnya, tentulah dapat mencegah terjadinya bau yang tidak menyenangkan.
- Bungkus Kemas-Kemas
Bungkus pembalut wanita yang baru sahaja anda ganti itu dengan kertas kemas-kemas. Kemudian masukkan ke dalam tong sampah. Jangan sesekali masukkan pembalut tersebut ke dalam tandas. Kandungan plastik anti bocor pada pembalut berpotensi menyumbat saluran tandas.
Kredit foto: magnifazine
<< Ketahui kebaikan memakai bengkung untuk ibu yang telah melahirkan anak di sini..
No Comment