CantikKulit

Tips Kulit Cantik – Ketahui 6 Jenis Makanan Yang Berfungsi Menegangkan Kulit

Tips Kulit Cantik - Women Online Magazine

Foto: reflectionsatstlukes

Penampilan yang sempurna menjadi dambaan setiap wanita. Jika boleh, mereka ingin selalu tampil cantik agar nampak lebih menarik.Seiring dengan pertambahan usia, kecantikan tersebut sedikit demi sedikit akan pudar dengan pelbagai macam masalah yang muncul seperti kedutan dan kulit kendur.

Jom, semak makanan-makanan yang berfungsi untuk menegangkan kulit.Kulit kendur bukan hanya disebabkan oleh pertambahan usia, tetapi juga berpunca kerana diet setelah memiliki berat badan yang berlebihan, jarang bersenam, kekurangan vitamin dan sebagainya. Ada banyak faktor yang boleh membuatkan kulit yang tegang menjadi kendur, dan untuk mengatasi masalah ini, semak makanan-makana yang berfungsi menegangkan kulit.

  1. Limau

Buah-buahan yang mengandung vitamin C seperti limau akan membantu menjaga kesihatan kulit dan mengembalikannya supaya menjadi tegang atau anjal kembali. Vitamin C ini mampu membantu pembentukan kolagen secara semulajadi.

  1. Strawberi

Buah yang berwarna merah ini memiliki rasa yang sedap. Buah strawberi juga dapat membantu menegangkan kulit anda yang telah kendur kerana faktor penuaan. Buah strawberi mengandung asid elagik yang dapat berfungsi untuk melindungi kerosakan pada DNA yang mengundang timbulnya kedutan.

  1. Bawang Bombay

Bawang bombay biasanya sering digunakan sebagai bahan pelengkap masakan. Bawang bombay  ternyata mampu menegangkan kulit yang telah kendur. Ia mengandung ‘flavonoids’ dan ‘diallyl sulfide’ yang berfungsi sebagai antioksidan dan menangkis radikal bebas yang mempercepat proses penuaan.

  1. Avocado

Buah avocado cukup bermanfaat untuk kecantikan, kandungan vitamin E pada buah avocado dapat membantu pembentukan sel kulit baru dan mengurangkan risiko terkena penyakit kanser kulit.

  1. Ikan

Cara pengolahan ikan yang tepat seperti dibakar atau dikukus dapat menjaga nutrisi pada ikan agar tidak hilang, kandungan protein organik dan omega-3 pada ikan membantu menjaga kelenturan kulit agar tetap anjal.

  1. Teh Hijau

Kandungan ‘polifenol’ pada teh hijau berfungsi sebagai antioksidan untuk menangkis radikal bebas yang dapat mempercepatkan proses penuaan. Kandungan ‘polifenol’ ini menjaga kesihatan kulit dan membuatnya nampak cerah.

<< Ketahui apa yang menyebabkan kulit muka anda menjadi kulit muka sensitif di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Punca Sebenar Penyakit Gila Meroyan & Cara Untuk Mencegahnya

Next post

Buah Melon Menyimpan Sejumlah Khasiat Bagi Kesihatan Manusia

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *