CantikKulit

Tips Mudah Untuk Kekal Muda

TIPS MUDAH UNTUK KEKAL MUDA - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Saya hendak kongsi satu sahaja tips awet muda atau panduan bagaimana supaya lebih muda daripada usia sebenar – happy.

Happy?

Iya, happy.

Jadi, orang kaya-kaya, orang berjaya-berjaya, pemimpin-pemimpin negara yang kelihatan lebih tua daripada usia mereka sebenar itu tidak bahagialah, bukan begitu maksudnya, maksudnya masalah usah dilayan sebagai masalah yang memberi masalah, tapi masalah cuba diatasi dengan selamba hingga tidak mendatangkan rasa tak selesa dalam jiwa. Faham?

Ada kurang namanya kakak tua
Dia pandai cakap pelita
Saya nak kongsi satu petua
Petua muda ramai orang minta

Faktanya, Regus, penyedia tempat kerja global berkata hampir 70% daripada pekerja Malaysia melihat lebih banyak penyakit berkaitan tekanan sejak kegawatan ekonomi global. Satu kaji selidik yang dikendalikan oleh syarikat itu mendedahkan bahawa penyakit berkaitan tekanan boleh memburukkan atau menyebabkan pelbagai penyakit lain daripada obesiti hinggalah kepada penyakit jantung, penyakit Alzheimer, kencing manis, kemurungan, masalah gastrousus dan asma.

Nampak tak, tekanan menyebabkan penyakit kronik, ini bukan saya kata tapi Regus yang kata. Mereka bukan sewenang-wenangnya berkata tapi mereka mengkaji menyelidik.

Kaji selidik itu yang mendapatkan pandangan 20,000 eksekutif kanan dan pemilik perniagaan di 95 negara, juga mendedahkan bahawa 48% daripada responden Malaysia merasakan tahap tekanan mereka telah meningkat dan lebih 42% melaporkan mereka kurang tidur disebabkan kebimbangan kerja.

Kita semua tahu, tekanan menyebabkan tak lena tidur dan kebimbangan terhadap kerja juga menyumbang pada faktor nampak tua ke muda. Tak caya?
Teruslah bimbang dengan pekerjaan anda dan bekerjalah terus dalam tekanan dan merasakan diri anda tertekan, ditekan, tapi ingat, kalau dah nampak tua nanti payah nak nampak muda balik, kecuali pakai susuk. Hah, jangan dibuat gitu, berdosa.

Regus dalam satu kenyataan berkata, perniagaan boleh membantu mengubah aliran ini apabila pekerja mengenal pasti waktu bekerja fleksibel sebagai penting bagi membantu mengurangkan tekanan berkaitan kerja. – (Bernama 23 Nov 13)

Maknanya apa? Maknanya bekerja dalam suasana yang tenang adalah jawapan pada keawetan. Kalau kerja tu macam menekan, jangan awak tambah dengan menekan diri awak sendiri, akan semakin tertekanlah. Tapi layan seadanya dan gembira-gembirakan hati.

Jadi, satu petua mudah, apa dia? Tenang-tenang dan bersikap lunaklah pada semua perkara, lunak adalah intinya bahagia. Syaitan dia cepat marah bila kena sujud pada Nabi Adam, pasal tu muka syaitan jadi buruk. Jadi, kalau kita pun cepat marah, sambung sendiri ha.

Berkata Abu Dzar, Ya Rasulullah saw, terangkanlah kepadaku bagaimana jika aku tidak kuasa melakukan sesuatu pekerjaan?” Jawab baginda, “Jangan membuat bencana terhadap orang lain, kerana hal itu sebagai dermamu kepada dirimu sendiri.” – Muslim

Nampak tu, dalam kata lain jangan buat problem, jangan jadi problem. Dalam kata lain happy tak ganggu diri sendiri dengan problem atau ganggu orang lain hingga jadi problem.

 << Jom ketahui 12 cara hilangkan parut jerawat di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Biskut Suji Arab

Next post

Resepi Kuah Kacang

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Beliau merupakan pengasas FORMULA 3E, pemilik THREE EXTRA TRAINING & SOLUTIONS, 3E GALLERY, dan 3E BIOinsaniah Camp. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Dr. Tuah

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *