CantikSolekan

Pelajari 6 Teknik Solekan Yang Betul

teknik solekan yang betul - women online magazine

Kredit Foto: splatter

Teknik Solekan Yang Betul.Tahukah anda teknik solekan yang betul boleh menampakkan seseorang wanita itu nampak cantik menawan.

Ramai wanita yang memakai mekap atau alat solek kerana ingin kelihatan cantik serta nampak lebih muda. Namun, aplikasi yang salah boleh membuatkan anda nampak buruk ataupun kelihatan lebih tua daripada usia sebenar anda.

 

1.  PEMILIHAN FOUNDATION YANG SALAH

Dalam solekan, pemilihan foundation yang salah akan menjadikan wajah anda kelihatan terlalu cerah ataupun terlalu gelap. Perbezaan ini akan membezakan warna kulit wajah dan leher anda.

Ketika memilih warna foundation, anda disarankan untuk mencubanya di tempat yang terang dengan menyapukannya di bahagian rahang dan lihat perbezaannya dengan warna kulit.Jika warna senada, maka anda sudah menemui foundation yang sesuai.

Untuk kelihatan awet muda, aplikasikan foundation tersebut dengan nipis secara merata. Jika anda berasa terlalu ‘heavy’ untuk menggunakannya, pilih sahaja moisturizer atau pelembab berwarna.

Tekan bahagian wajah anda yang memiliki kedutan dengan menggunakan span supaya kedutan itu boleh disamarkan.

 

2.  MENEBALKAN KENING

Ramai yang kerap melakukan kesilapan dengan menebalkan kening ketika bersolek sedangkan dandanan kening yang tebal hanya sesuai untuk wanita yang berumur 45 tahun ke atas.

Namun, bagi mereka yang mempunyai kening yang terlalu nipis, anda boleh menebalkannya dengan menggunakan pensel kening dengan menyikat terlebih dahulu kening dan bermulalah dari sudut dalam dan ke arah luar.

Nota: Kening yang cantik adalah kening yang berbentuk dan semulajadi.

 

Baca Juga: Tips Mendapatkan Kening Cantik

 

3.  BEDAK TERLALU TEBAL

Ramai di antara wanita-wanita mengaplikasikan bedak dengan tebal, walhal mereka telah memakai foundation yang sememangnya tebal.

Kesilapan ini akan membuatkan wajah anda kelihatan berbalam-balam apabila menggunakan solekan yang agak tebal.

Sekiranya umur anda sudah meningkat, hentikan pemakaian bedak asas yang terlalu terang. Cuba pilih warna bedak yang setingkat lebih gelap daripada warna kulit asli anda.

Bedak berwarna gelap mampu menyamarkan kekurangan pada wajah akibat penuaan.

Nota: Anda boleh menggunakan compact powder yang mempunyai foundation di dalamnya bagi menjimatkan masa.

 

Baca Juga: Cara Memilih Bedak Asas

 

4. GARISAN MELINGKARI BIBIR

Elakkan daripada membiarkan pensel bibir anda memisahkan gincu dengan garis bibir yang mana  pada akhirnya akan meninggalkan garisan yang melingkari bibir.

Seeloknya jika anda ingin menggunakan pensil bibir,pilihlah warna yang sama atau satu tingkat lebih gelap daripada warna bibir anda.

Jika anda sudah pun menggunakan pensil bibir dan lipstik, anda boleh menghaluskan garisan yang terdapat pada bibir dengan meratakan lipstik tersebut.

Manakala bagi anda yang mempunyai bibir nipis, jangan sesekali membuat garis bibir di luar bibir kerana ia hanya akan menjadikan bibir tampak tebal.Cukuplah sekadar menggunakan pensil bibir pada garis asal dan sapukan pengilat bibir agar bibir kelihatan penuh.

Selain itu, warna lipstik yang anda pilih pun perlu diberikan perhatian. Hindari pemakaian warna-warna yang terlalu menonjol seperti warna metalik dan warna gelap. Sebaliknya, pilihlah warna lipstik yang ringan dan neutral.

 

Baca Juga: Lipstik Tahan Lama Di Bibir

 

5. BAHAYA EYELINER DI BAWAH MATA

Usah mengaplikasikan eyeliner di bahagian bawah mata kerana ia merupakan keputusan yang tidak tepat. Selain mata anda akan kelihatan kecil, eyeliner tersebut boleh membuatkan mata anda juga nampak penat kerana efek lingkaran hitam tersebut.

Memadai jika anda memakai eyeliner di bahagian atas sahaja. Garisan eyeliner yang anda buat sebaiknya semakin menebal ketika mencapai sudut mata.

 

Baca Juga: Tips Memakai Eyeliner

 

6. USAH PAKAI MASKARA DI BULU MATA BAWAH

Jangan memakai maskara atau melapisi bulu bahagian bawah mata. Ia akan mempertegaskan kedutan-kedutan halus di sekitar mata. Untuk mencantikan mata, anda hanya perlu melapisi bulu mata bahagian atas dnegan mengoleskan maskara.

Pilihlah maskara berwarna hitam agar mata kelihatan lebih bersinar, bersih dan nampak asli.  Aplikasi maskara yang terlalu tebal tidak baik untuk bulu mata kerana biasanya akan menggumpal. Untuk kelihatan bulu mata lebih lentik dan menawan, jangan lupa kepit bulu mata tersebut.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Solekan Mata Ala Artis Korea

Previous post

Resepi Sandwich Tuna Cukup Rasa

Next post

Wajib Cuba! 7 Cara Elak Kerja Lebih Masa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. May 8, 2014 at 3:00 pm — Reply

    Saya memang tak pandai bersolek, pakai lip balm dengan lip gloss sahaja yang pandai..So saya lebihkan usaha untuk cari makanan yang mencantikkan diri tanpa perlu bersolek..

    Tapi orang yang mampu jaga kesihatan dan touch up muka pada masa yang sama, memang saya respeklah.. 🙂

Leave a Reply to Qider Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *