CantikSolekan

Berubah Wajah Dengan Mekap Simple Dan Natural

Mekap Simple - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: scbeautyhigh

Mekap Simple.Semua orang ingin tampil sempurna dan menarik.Tak ada wanita yang ingin wajahnya kelihatan ‘serabai’ atau tidak keruan.

Biarpun anda terlalu sibuk, namun anda harus tahu langkah mekap yang simple dan pantas agar wajah anda kelihatan cantik sempurna! Anda tidak perlu membuang waktu yang terlalu lama untuk mengadap di depan cermin. Sebenarnya hanya dengan menggunakan mekap simple dan natural, wajah anda tetap nampak cantik.

 

1. Kuasa Lip Gloss

Jika anda terburu-buru di pagi hari, gunakan lip gloss dan gunakan hujung hari pada bibir.Tak ada masalah pun jika anda menggunakan warna yang neutral atau berwarna dengan lapisan yang ekstra berkilat kerana ia membantu penampilan bibir anda kelihatan lebih seksi.

Lip gloss tersebut boleh anda simpan di dalam dompet atau poket dan anda boleh menggunakannya lagi pada ketika anda memerlukannya.Gunakan lip balm atau bedak sebelum anda menyapu lip gloss. Ia akan membuat lip gloss tersebut bertahan lebih lama di bibir.

 

Baca Juga: Punca Bibir Hitam

 

2. Blush On Multi Fungsi

Anda tidak perlu bingung memilih warna untuk eyeshadow atau pembayang mata. Setelah mengenakan blush on untuk pemerah pipi, gunakan pula sebagai eyeshadow. Dengan sapuan yang sedikit dan selaras, penampilan mata anda pasti lebih segar. Warna pink dan peach mampu memberikan gaya yang lebih segar.

 

3. Jika Terdesak,Gunakan Saja Concealer!

Conclear berguna untuk menutupi setiap perubahan warna pada kulit wajah. Gunakan concealer di tempat yang diperlukan.Biasanya di bawah mata, di sudut-sudut luar mata, di sekitar lubang hidung dan pada setiap wajah yang mungkin warna kulitnya berbeza.Dengan mengaplikasikan concealer, ketika anda menggunakan bedak wajah, ia akan kelihatan lebih sekata.Wajah anda pasti akan kelihatan lebih cantik dan muda.

 

Baca Juga: Fungsi Concealer

 

4. Bronzer

Wajah yang lebih cerah akan membuat wajah menyerlah dan anda boleh menggunakan warna yang lebih cerah di sekitar kawasan mata agar nampak segar.Jika anda ingin menampilkan make up yang lebih dramatik.

Gunakan bronzer sebagai pemerah pipi atau eyeshadow, dan pakailah sebagai pemerah pipi untuk menajamkan bentuk tulang pipi. Bronzer adalah cara pantas untuk memberikan kesan bersinar yang mampu menyerlahkan lagi penampilan mekap simple anda.Pilihlah bronzer dengan tone emas atau oren.

Gunakan berus lebar dengan bahagian atas membulat dan anda boleh mengaplikasikan bronzer pada bahagian yang kerap terkena sinaran matahari, seperti di atas dahi, hidung, pipi dan dagu, atau pada kawasan rahang bawah berdekatan dengan leher untuk menyeimbangkan dada dan wajah.

Ok, dah siap pun gaya mekap simple. Tak sampai 20 minit! Setelah selesai mekap, jangan lupa menata rambut atau menggayakan hijab kesukaan supaya anda kelihatan lebih cantik.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda. Biar mereka pun nampak cantik seperti anda walaupun dengan mekap simple.

<< Ketahui tips memilih alas bedak yang sesuai dengan tona kulit anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Petua Lebatkan Rambut Anak

Next post

Jadi Ibu Yang Bekerja Kena Pandai Jaga Diri!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *